Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.pau] | ملمڤاو

Definisi : terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.pau] | ملمڤاو

Definisi : terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang tuan. Ingin saya tanyakan bahawa mengapakah binaan frasa seperti "memasak banyak makanan" tidak betul? Dr. Awang Sariyan menyalahkan binaan frasa perbuatan melampau (perbuatan melampau = kata kerja transitif) demikian kerana berpendirian bahawa kata "banyak" bukan kata bilangan, tetapi kata sifat, dan kata sifat tidak boleh diletakkan di antara perbuatan melampau dengan penyambut (objek) kerana menjadi sisipan yang menghalang kelangsungan hubungan perbuatan melampau dengan penyambut. Perbuatan melampau mesti dikenakan langsung terhadap penyambut. Saya pula tidak berijtihad atau berpendapat sedemikian. Saya merasakan bahawa "banyak" kata bilangan tak tentu seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan (keterangan ini ada dalam lampiran WordPad). Frasa perbuatan melampau seperti "memasak banyak makanan" terdiri daripada perbuatan melampau "memasak" yang disambut oleh penyambut frasa nama "banyak makanan", dan frasa nama itu terbahagi kepada kata bilangan tak tentu "banyak" sebagai penentu hadapan yang diikut kata nama inti "makanan". Diperhatikan bahawa "banyak" bukan sisipan, tetapi termasuk dalam frasa nama penyambut sebagai salah satu bahagian. Untuk pemahaman lanjut, sila tuan rujuk WordPad yang telah saya lampirkan. WordPad ini berisi soal saya tentang hal ini yang saya kirim kepada Dr. Awang Sariyan melalui e-mel beliau. Pinta tuan menolong saya menyelesaikan soal ini juga. Terima kasih atas iltizam dan kesudian tuan!Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu
 a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Pihak kami menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama.
Lain-lain07.11.2016
1. Dua orang guru yang terlibat dalam aktiviti ini. (Adakah ayat ini tergantung?) 2. Murid ini melampau aktif. (perkataan 'melampau' boleh digunakan ataupun perlu ditukar kepada 'terlampau?) 3. Guru telah menyediakan rancangan pelajaran tahunan atau Rancangan Pelajaran Tahunan? 4. Murid A memperoleh 70 markah. Murid B memperoleh 72 markah. Kedua-dua orang murid ini.....(Bolehkah saya gunakan 'ini' atau perlu ditukar kepada '...murid tersebut'?) 5. Guru mengajarkan ilmu Matematik kepada murid. (Betulkah penggunaan kata kerja 'mengajarkan' di dalam ayat ini?) 6. 'dalam kalangan' atau 'di kalangan' yang betul atau lebih sesuai digunakan?

1. Ayat tak lengkap.

2. Perlu ditukar menjadi - Murid ini terlampau aktif

3. Guru telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan.

4. Perlu ditukar menjadi - kedua-dua orang murid tersebut.

5. Penggunaan mengajarkan dalam ayat tersebut adalah betul.

6. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.09.2008
Ini rupa kedua surat soal saya yang berjudul Mendalami Binaan Pencukup. Saya menyunting surat asal saya kerana ada beberapa istilah yang saya sebut pada tempat yang tiada sepatutnya, seperti mengistilahkan "perbuatan melampau" pada kata "menjadi" walhal kata "menjadi" perbuatan tiada melampau dan mengistilahkan "perbuatan tiada melampau" pada kata "memandang" sedang “memandang" patut diberi istilah "perbuatan melampau". Beberapa ayat yang telah saya diperbaik daripada segi binaan supaya nampak lebih lancar dan lebih senang difahami. Haraf saya dimaafi kerana menghantar surat soal ini dua kali yang menyusahkan tuan membaca surat yang terlalu panjang ini dua kali juga. Tuan DBP, adakah rangkai kata seperti "bertujuan memuji alam" betul? Adakah rangkai kata (frasa) "memuji alam" bekerja pencukup atau pelengkap (istilah dalam Tatabahasa Dewan) kepada perbuatan tiada melampau (kata kerja tak transitif) "bertujuan"? Dapatkah rangkai kata perbuatan (frasa kerja) seperti "memuji alam" menjadi pelengkap? Lampiran saya berkenaan dengan soal yang saya anjurkan kepada Dr. Awang Sariyan. Saya juga mengharapkan kebijaksanaan tuan DBP dalam soal ini, oleh itu saya menyertakan surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan untuk tatapan tuan DBP juga. Harap tuan dapat mengorak simpul kesulitan saya. Terima kasih.Mengikut rumus Tatabahasa Dewan, frasa "bertujuan memuji alam" kurang tepat. Frasa yang betul dari segi rumus tatabahasa dan aspek maknanya ialah "bertujuan untuk memuji keindahan alam".Tatabahasa01.12.2016
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/

Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet:

(a)          Nama pengarang.
(b)         Tarikh data dalam tanda kurung.
(c)          Tajuk bahan.
(d)         Nama penerbit.
(e)          Alamat laman sesawang.
(f)          Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung.

CONTOH:
 
Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. 
        Columbia University Press.
        http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html  (23 Mei 2002).

Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”.

Berita Terkini.

http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ (        ?        )

Lain-lain08.07.2015
Tuan, apakah beda antara "puas" dengan "berpuas"? Pada saya, beda dua kata itu hanya golongan kata, iaitu "puas" sifat dan "berpuas" perbuatan tiada melampau kerana telah ditambahi awalan ber- pembentuk perbuatan tiada melampau. Dalam Tatabahasa Dewan pada halaman ke-169, apabila sifat rasa seperti gembira, sedih bergabung dengan awalan ber-, ber- bermaksud berada dalam keadaan sifat rasa itu. Maka bermaksudlah "berpuas" berada dalam keadaan puas. Saya tidak melihat beda makna antara "puas" dengan "berpuas", hanya cara penggunaan kedua-dua kata dalam ayat mungkin sedikit lain. "Berpuas" bermaksud berasa puas, maka berpuas kepada jayanya dalam peperiksaan = berasa puas kepada jayanya dalam peperiksaan. Kalau digunakan kata "berpuas", digunakan kata "berpuas" sahaja, iaitu "berpuas kepada jayanya dalam peperiksaan" tetapi jika yang digunakan "puas", mungkin perlu disertakan kata "berasa", iaitu "berasa puas kepada jayanya dalam peperiksaan" kerana berasa puas = berpuas. Namun begitu, tanpa kata "berasa", saya tidak melihat kesalahan frasa "puas kepada jayanya dalam peperiksaan" kerana jika cerita frasa sifat "puas" dapat diluaskan dengan frasa sendi nama keterangan "kepada jayanya dalam peperiksaan". Saya telah mengetahui bahawa kedua-dua kata ini bermakna serupa dan golongan kedua-dua kata ini berbeda, yang hendak saya soalkan: adakah "puas" dan "berpuas" ini senjang kaedah penggunaannya dalam ayat? Bolehkah tuan menunjukkan kesenjangan tersebut?Awalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa22.12.2016
Salam hormat kepada tuan. Masalah saya yang terkini bermauduk "Kata Darjah Sifat + Perbuatan Tidak Melampau". Karangan soal saya lampirkan, mohon tuan baca dan huraikan kesulitan saya.Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Berdasarkan sedikit maklumat ini, tidak ada subtajuk Kata Darjah Sifat + Perbuatan Tidak Melampau dalam buku Tatabahasa Dewan. Nyatakan sumber rujukan tuan, tetapi perlu diingat kami tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, khususnya yang tidak selari dengan Tatabahasa Dewan.Tatabahasa14.08.2016
Platform apakah yang paling sesuai untuk saya adukan mengenai lagu yang tular namun mengandungi lirik dengan bahasa rojak yang melampau dan ada yang tidak memberi erti apa pun. Saya merujuk kepada lagi Lotus dari kumpulan Forceparkbois. Sila rujuk di laman sesawang youtube.Untuk membuat aduan berkaitan penggunaan bahasa rojak dalam lirik lagu tersebut, sila klik pautan "Pantau Tegur Bahasa" di bawah Menu Utama di sebelah kiri.  Lain-lain29.12.2021
Salam. Adakah epilepsi diterjemah sebagai sawan gila babi? Jika ya, saya cadangkan terjemahan ini dimansuhkan kerana terjemahan ini agak melampau. Mohon dikemukakan cadangan saya. Terima kasoh.Epilepsi ialah sejenis penyakit saraf yang  menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan. Epilepsi juga dikenali sebagai sawan babi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=epilepsi atau Dewan Eja.Lain-lain03.05.2021
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris scrupulousity / scrupulosity? Scrupulousity ialah sejenis penyakit psikiatri OCD melibatkan perasaan takut melampau yang tidak normal terhadap dosa dan keredaan Tuhan, diiringi dengan ritual yang "aneh pada orang ramai" untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Adakah boleh diterjemahkan kepada "waswas"?, "waswasah"?, Ataupun skrupel? Ataupun terus kepada skrupulositi?"Scrupulosity" dipadankan sebagai skrupulositi dalam istilah perubatan bahasa Melayu.Istilah13.07.2020
123

Kembali ke atas