Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1. miskin, sengsara; 2. rugi: aku tinggal ~ spt ini, jadi orang pesawah, pasak kampung; kemelaratan perihal melarat (miskin), ke­miskinan, kesengsaraan: jika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita, hendaklah anakku melawat serata Seme-nanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : larat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : dlm kesusahan; miskin; sengsara. kemelaratan perihal melarat; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
melarat (adverba)
Bersinonim dengan merempat, merana, menderita, sengsara, seksa, susah, terlantar, terbiar;,
Kata Terbitan : kemelaratan,

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ditakik getah di daun.

Bermaksud :

Hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
down-and-outadj melarat: to help those who were ~, menolong orang-orang yg melarat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to13. (indic an amount or level that is reached), [various translations]: the crime rate has risen ~ alarming proportions, kadar jenayah telah melarat ke tahap yg membahayakan; the conflict might escalate ~ a racial riot, pertelingkahan itu mungkin melarat menjadi rusuhan perkauman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shanty townn kawasan melarat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
down-and-outn (orang yg) melarat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
destituteadj (fml) papa (kedana), miskin, melarat: thousands of people were left ~ by the war, beribu-ribu manusia menjadi papa akibat peperangan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guttersnipen (derog & colloq) budak melarat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beggarlyadj 1. poverty-stricken, (dlm keadaan) /papa kedana, melarat, sangat miskin, serba kekurangan/: ~ living conditions, keadaan hidup yg serba kekurangan; 2. ungenerous, inadequate, tdk seberapa, tdk memadai sama sekali: to work for ~ wages, bekerja dgn mendapat upah yg tdk seberapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ministrationn 1. act, instance of serving, helping, layanan, ladenan: his ~s to the sick and needy, layanannya kpd orang yg sakit dan melarat; 2. act, instance of providing religious guidance, bimbingan: a man in need of sKamus Inggeris-Melayu Dewan
tattered3. (of hope, secret, past, etc) hancur: he novel pictures the ~ lives of the destitute in the slums of Calcutta, novel itu menggambarkan kehidupan yg hancur orang yg melarat di kawasan sesak di Calcutta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
destitutebe ~ of, tdk mempunyai: the officials were ~ of sympathy, pegawai-pegawai itu tdk mempunyai rasa belas kasihan; he was utterly ~ of new ideas, dia tdk mempunyai gagasan baru langsung; the ~, orang yg /papa (kedana), miskin, melarat/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas