Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarikan

Peribahasa

Biar luka di dada,
     jangan luka di belakang.

Bermaksud :

Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
conget[tSon.get]kata kerjaberlari atau melarikan diri dengan pantasKawaq conget bila anak tuan rumah teriaq.[kA.wA)Ö tSon.get bi.lA A.nA tu.wAn Òu.mAh t«.Òi.jA]Pencuri lari bila anak tuan rumah menangis.
serungaih[s«.Òu.NAC]kata adjektifberkenaan dengan seseorang atau sesuatu yang tidak kemasRumah dia serungaih lepaih tukang masak dia lari.[Òu.mAh di.jA s«.Òu.NAC l«.pAC tu.kAN mA.sA di.jA lA.Òi]Rumahnya tidak kemas selepas pembantu rumahnya melarikan diri.

Kembali ke atas