Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarikan

Peribahasa

Biar luka di dada,
     jangan luka di belakang.

Bermaksud :

Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELARIAN POLITIKSeseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri.UNDANG-UNDANGKonsep
EMIGRÉ

Emigré ialah penduduk yang melarikan diri

dari Perancis semasa Revolusi Perancis berlaku.

Perpindahan bermula selepas kejatuhan Bastille

pada 4 Julai tahun 1789.

UMUM 
ANDROCLES

Androcles juga dinamakan Androclus, ialah

hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan

bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri

dari tapak kaki seekor singa yang menderita

kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan

dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom.

Singa itu mengenali Androcles dan enggan

mencederakannya. Drama George Bernard Shaw,

Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan

cerita ini.

UMUM 
MACDONALD, FLORA

MacDonald, Flora (1722–1790), menjadi

serikandi Scotland kerana membantu Putera

Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye

selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada

tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk

putera tersebut supaya menyamar diri dengan

berpakaian perempuan. Apabila terserempak,

MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah

pembantunya. Kerana peranannya dalam

penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of

London. Dia dibebaskan pada tahun 1747.

MacDonald menjadi terkenal dan banyak

memperoleh wang daripada para peminatnya.

UMUM 
MENELAUS

Menelaus, raja Sparta, ialah suami kepada Helen

of Troy. Paris, putera Trojan, berjaya meyakinkan

Helen untuk melarikan diri bersamanya ke Troy.

Menelaus bersama saudara lelakinya,

Agamemnon, mengumpulkan askar dan

menyerang Troy. Selepas 10 tahun, mereka

menawan bandar tersebut dan Menelaus berjaya

menemui semula Helen. Mereka berdua

mengembara selama lapan tahun dan akhirnya

sampai di Sparta. Lihat juga Helen of Troy.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
PERANG NAHAWAND

Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./

637 M. semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar al-

Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al-

Mada’in, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam

pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke

Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan

pasukan tentera untuk mara ke al-Mada’in.

Panglima tentera Islam, Sa‘ad ibn Abi Waqqas

mengutuskan satu pasukan tentera di bawah

pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn ‘Utbah

ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam

Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M.

Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi

seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah.

Kemudian tentera Islam terus mara dan

membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin

pada tahun yang sama. Ia merupakan

peperangan terbesar yang dikenali sebagai era

pembukaan di Nahawand oleh orang Islam.

Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat

dikalahkan dan ini membuka laluan kepada

tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran.

Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi

melarikan diri ke Asfahan.

UMUM 
TINGKAH LAKU PENYESARAN

Tingkah laku penyesaran merujuk kepada

kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai

dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai

contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya

apabila hendak mengambil keputusan apakah

untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan

tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan

emosi yang berkonflik.

UMUM 
ALBAN, SAINT

Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang

pertama di Britain yang mati suci kerana agama.

Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama

Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire,

England. Alban melindungi seorang paderi yang

melarikan diri daripada hukuman mati yang

dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu

mengkristiankan Alban. Askar yang mencari

paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian

paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia

dihukum mati.

UMUM 
ORANG KANAQ

ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah ‘kanaq’ diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar.

Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
123

Kembali ke atas