Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarikan

Peribahasa

Biar luka di dada,
     jangan luka di belakang.

Bermaksud :

Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tukak Ibranjau yang diperbuat daripada buluh nibung atau kayu yang dibentuk runcing di hujungnya. Ia dipasang di tanah untuk melukakan kaki sesiapa yang memijaknya.Ketika musuh-musuh yang melarikan diri itu berlari di atas titian, titian itu pun patah. Kesemua musuh lalu terjatuh bersama titian yang patah itu. Ada yang mati dan ramai yang tercedera ditembusi tukak yang dipasang oleh Berauh Ngumbang di bawah titian.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karuk MSbikan puyu.Maka ada dikatakan tuhan pun mendengar sumpah dan tangisan, orang tua itu. Maka diturunkannya ikan Karuk atau ikan yang keras kepala, sehingga tiada lagi tempat manusia melarikan diri.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas