jalar | ; ubi ~ ubi yg pokoknya melata; berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi; menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar; menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2. menjangkitkan, merebakkan, meluaskan; terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup; jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll); penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tumbuhan dll); penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kundur | sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melata | menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melata | menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air melata | riam atau jeram yg tegak, air terjun (yg rendah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelar | melata atau menjalar (ular, tumbuh-tumbuhan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lata I | ; melata menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meragas | 1. melata naik, memanjat (tumbuh-tumbuhan): batang semalu diliputi duri-duri dan ~ naik ke atas rumpun-rumpun pokok yg tidak begitu tinggi; 2. bp memanjat-manjat (kerana bermain-main spt yg biasa dilakukan oleh kanak-kanak): jangan suka ~, nanti jatuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lata I | ; melata menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjelata | ark melata; ® lata III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |