Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : : jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Orang berkubu batang pisang;
Orang tua melawan budak,
     Ibarat aur ditarik songsang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana layang-layang melawan angin.

Bermaksud :

Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
upwindmelawan anginmelawan anginmelawan anginKejuruteraan Kapal Terbang
international union againts cancerperhimpunan internasional melawan kankerperhimpunan antarabangsa melawan kanserperhimpunan antarabangsa melawan kanserPerubatan
astigmatism against the ruleastigmatisme tak lazimastigmatisme melawan peraturanastigmatisme melawan peraturanPerubatan

Kembali ke atas