Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.was] | ملاوس

Definisi : berkurang (hasil buah-­buahan dll), menjadi kurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.was] | ملاوس

Definisi : luas (kawasan, pemandangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.was] | ملاوس

Definisi : menjadi kurang atau berkurang (bkn buah-buahan dll): Pokok kelapa yg tua itu sudah ~ buahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.was] | ملاوس

Definisi : 1 menjadi luas (bkn kawasan, pemandangan dll). 2 menjadi lega (perut dll). 3 menjadi lancar (mengenai perjalanan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melawas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aperientjulapPerubatanTiadaBahan yang mempunyai tindakan melawas.
aperientjulapHerbaPemiawaianHerba yang mempunyai tindakan melawas. Contohnya, daun betik (Carica papaya) dan lidah buaya (Aloe vera).
Strobilanthus crispusPecah kacaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renik berkayu mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunga jenis spika, bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing.
Strobilanthus crispuspecah kacaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renek berkayu dan mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika dan bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing.
Elephantopus scaberTutup bumiPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai tapak sulaiman dan tapak leman. Tumbuhan ini jenis herba, daunnya bentuk oblong obtus pada pangkal batang dalam susunan roset . Tepi daun bergerigi, permukaan bawahnya berbulu dengan tangkai daun (petiol) yang sangat pendek. Tangkai jambak bunga panjang dan berbulu mengandungi bunga kecil berwarna ungu atau merah jambu. Bunga dikelilingi oleh brakta berwarna hijau. Pokok ini mengandungi dotriakontanol, epifridelinol, triakontanol, kalium klorida, dihidrodeoksixilefantopin, stigmasterol dan lupeol. Pokok ini tumbuh liar di kawasan lapang, ladang getah dan kelapa sawit. Air rebusan daun atau akar diminum untuk melawas kencing, mengubati demam, dropsi, muntah, penyakit kelamin perempuan dan bengkak buah zakar. Air rebusan pokok diminum untuk rawatan selepas bersalin dan meroyan. Air rebusan akar diminum untuk mengubati batuk, kecacingan, muntah dan sebagai tonik. Daunnya digunakan untuk merawat sakit kepala.
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.

Kembali ke atas