Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wat] | ملاوت

Definisi : 1. pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wat] | ملاوت

Definisi : 1 pergi berkunjung (ke sesuatu tempat): Dia baru saja ~ ke Eropah. 2 datang melihat; menziarahi: ~ orang mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawat
Kata Terbitan : melawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru dengan perkataan melawat. Melawat ke Zoo Negara betul atau Melawat Zoo Negara? Biasanya nampak melawat ke Zoo Negara tetapi ada juga buku latihan Bahasa Melayu guna Melawat Muzium Negara tanpa menggunakan 'ke'? Terima kasihKata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh hal yang demikian ayat yang gramatis ialah Dia melawat ke Zoo Negara. Melawat Zoo Negara mungkin frasa yang digunakan dalam laras pengiklanan.Tatabahasa21.05.2012
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
Apakah perbezaan antara " melawat" dengaan "melawat ke"?Perbezaannya ialah kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa08.09.2015
1. melawat Zoo Negara atau melawat ke Zoo Negara 2. membersihkan aku atau membersihkankuKata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, cotohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Zoo Negara".Tatabahasa27.02.2010
Tuan, 1."melawat" perlu diikuti dengan "ke' atau tidak? cth: melawat zoo/melawat ke zoo 2."oleh kerana' bolehkah digunakan sebagai kata hubung atau tidak? 3. "mengenai"/"mengenai dengan" boleh digunakan sebagai kata sendi atau tidak? 4. tahun baru atau tahun baharu? apakah perbezaan antara :baru" dan "baharu? sekian terima kasih. yang benar lui lep ming

1. Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, cotohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, contohnya: melawat ke Zoo Negara. 2. Penggunaan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan salah, bentuk yang betulialah oleh sebab. Kata sendi nama "oleh" mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama sedangkan kerana buka kata nama tetapi kata hubung keterangan. 3. Mengenai bukan kata sendi tetapi tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. 4. Kata baru dan baharu, kedua-duanya sama makna dan boleh digunakan.

Tatabahasa14.05.2008
penggunaan kata 'melawat ke' dengan 'melawat'Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. Tatabahasa14.09.2013
Salam tuan/puan, Yang manakah adalah betul? 'Melawat Bukit Bendera atau melawat ke Bukit Bendera'? Adakah 'melawat' dikira sebagai kata kerja transitif? Jika begitu, perkataan ini tidak boleh diselitkan dengan penggunaan kata sendi nama atau perkataan lain di antara kata kerja transitif dengan objek selepasnya. Betulkah begitu? Terima kasih.Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke kerana kata nama yang hadir selepas kata sendi nama tersebut, seperti "melawat ke Jepun", dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, seperti "melawat saudaranya", bergantung pada konteks ayat tersebut. Oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Bukit Bendera".Tatabahasa27.10.2014
Melawat ke Zoo Negara @ melawat Zoo Negara?Yang betul ialah melawat ke Zoo Negara.Lain-lain14.06.2012
Kata kerja 'melawat' tergolong sbg kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Saya dapati, kata kerja ini boleh berfungsi sbg kata kerja transitif, contoh 'melawat abangnya di hospital' (kata kerja melawat mesti diikuti objek) dan sebagai kata kerja tak transitif, contoh melawat ke Putrajaya. Benarkah pemahaman saya ini? Sekian, terima kasih.Kata kerja 'melawat' tergolong sebagai kata kerja transitif, seperti dalam contoh ayat 'melawat abangnya di hospital' atau 'melawat Putrajaya'. Hal ini boleh dibuktikan apabila ayat ini dipasifkan (Kata kerja transitif boleh dipasifkan) menjadi 'abangnya di hospital dilawati' dan 'Putrajaya dilawati'. Walau bagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'melawat' ialah kata kerja tak transitif dan boleh diikuti dengan kata sendi 'ke' seperti dalam ayat 'melawat ke Putrajaya'. Hal inilah yang menjadikan bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa.Tatabahasa18.03.2011
Antara ayat-ayat berikut yang mana satu betul ? a) Sabri melawat ke ladang teh Sabah. b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. c) Sabri melawat ke ladang teh, Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah.
d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah.
Tatabahasa18.10.2012
12345678

Kembali ke atas