Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wa.ti] | ملاوتي

Definisi : datang melihat, mengunjungi, men­ziarahi (jenazah, orang sakit): ~ orang mati; maka terdengarlah kpd orang kuala bunyi bedil spt bertih, maka segera dilawatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wa.ti] | ملاوتي

Definisi : menara tinjau utk tujuan pertahanan kota atau negeri, yg terletak di tempat tinggi, biasanya di atas bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.wa.ti] | ملاوتي

Definisi : pergi utk melihat-lihat (sesuatu tempat dll); mendatangi; mengunjungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melawati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virtual honeypotkomputer madu mayaTeknologi MaklumatPerisianAtur cara perisian yang direka bentuk untuk muncul sebagai rangkaian sebenar. Atur cara ini bertujuan untuk mengumpan pengguna hasad supaya melawati rangkaian tersebut. Atur cara ini berbeza dengan komputer madu yang menggunakan peranti perkakasan untuk memerangkap pengguna, manakala komputer madu maya menggunakan perisian untuk menyerupai sesebuah rangkaian.
net radioradio jaringanTeknologi MaklumatTiadaSejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak.
redirectionarah semulaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan dalam serangan permintaan data, iaitu alamat penghantaran data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul tersebut untuk kegunaan peribadi. Kaedah ini juga sering digunakan dalam serangan penipuan berasaskan e-mel dan juga laman web pengiklanan yang membawa pengunjung laman web ke laman yang tidak diingininya.
dimmerfohndimerfohnSainsHidrometeorologiSuatu bentuk fohn luar biasa. Semasa angin bahagian atas bertiup kencang dari selatan, suatu perbezaan tekanan sebanyak 12 mb atau lebih wujud di antara sisi selatan dan sisi utara Banjaran Alps. Ribut angin fohn kemudiannya melangkaui lurah atas dicerun utara, sampai ke tanah di bahagian bawah cerun dan masuk ke kawasan hadapan sebagai angin kencang. Dinding fohn dan kawasan kerpasan menganjur melewati puncak dan melebar melawati puncak dan melebar merentasi kawasan permukaan yang hampir tenang di lembah atas.
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.

Kembali ke atas