Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat] | ملکت

Definisi : lekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki terpakai (pakaian dll), terkena; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekat

Puisi
 

Baru sekali menebas lalang,
     Kaki luka tertikam duri;
Baru sekali tuan dipandang,
     Cinta sudah melekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"kotoran yang melekat kulit" atau "kotoran yang melekat pada kulit" berdasarkan pengetahuan saya, yang betul ialah yang pertama kerana kata kerja transitif perlu diikuti dengan objek.Yang betul ialah "kotoran yang melekat pada kulit". "Melekat" ialah kata kerja tak transitif dan kata sendi nama "pada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan tempat.Tatabahasa15.05.2023
adakah perkataan 'merekat' sama ertinya dengan perkataan 'melekat'?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, merekat bermaksud melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding.

Manakala melekat pula membawa maksud 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu melekat pada batang pisang. 2 mudah melekit (berkenaan getah cair, kanji dll): Getah ini melekat, jangan dipegang. 3 rapat sekali (berkenaan persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya lekat pada peti televisyen sejak tadi lagi.
Ejaan16.02.2015
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut.Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut.Tatabahasa19.09.2011
maksud kejelikitan dan penggunanya dalam ayatJeleket (bukan jelikit) bermaksud melekat biasanya pada kertas, kelopak mata, dan lain-lain. Kejeleketan bermaksud keadaan jeleket; contohnya, "Kejeleketan menyebabkan ia sukar membuka kelopak mata dengan cepat".Makna28.07.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat?Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu.

Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang.
Makna18.06.2023
Selamat pagi dan salam sejahtera. Dalam bahasa malaysia, tempat isi buah terap melekat dipanggil sebagai apa? Kalau dalam bahasa Kadazandusun dipanggil sebagai BADUL. Begitu juga dengan buah seperti nangka dan cempedak. terima kasih.Tidak ada maklumat yang diperlukan termasuk Badul dalam pangkalan data kami. Penggunaan yang umum ialah bekas. Kami mencadangkan tuan memasukkan perkataan baharu termasuk Badul dalam perbandaharaan kata bahasa kita melalui "Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka" di laman http://ekamus.dbp.gov.my/.Istilah04.08.2014
Cikgu Sulaiman __________ syarat-syarat untuk menyertai pertandingan berpidato pada papan kenyataan. [ menampal / melekat / menempel ] Adakah ketiga-tiga jawapan di atas betul? Adakah ada jawapan yang paling tepat? Jika ada, apakah penjelasannya? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah menampal.

Menampal bermaksud merekat sesuatu (pelekat, poster dan lain-lain) pada sesuatu.
Tatabahasa28.09.2021
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku?Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut.  Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.Istilah21.12.2017
DICALIT MAKSUD: DIKUIS MAKSUD: DICUIT MAKSUD:Selamat pagi:
1. DICALIT MAKSUD: kotoran yang sedikit yang melekat pada sesuatu.
2. DIKUIS MAKSUD: menolak (menepis, menyepak) ke tepi.
3. DICUIT MAKSUD:  menyentuh dgn hujung jari

Sekian.
Makna29.06.2016
Apakah maksud secalit dalam penjodoh bilangan? Terima kasih.Dalam Kamus Pelajar, calit bermaksud kotoran yang sedikit yang melekat pada sesuatu. Contoh ayat, ada secalit jelaga di tepi hidungmu.Tatabahasa05.04.2015
12

Kembali ke atas