Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lé.la] | مليلا

Definisi : ; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.la] | مليلا

Definisi : menggerak-gerakkan tangan, mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.la] | مليلا

Definisi : (meléla); besi ~ besi yg tidak ber­pamur; pasir ~ pasir yg mengandungi zat besi (warnanya kebiru-biruan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.la] | مليلا

Definisi : (meléla); rumput ~ sj tumbuhan (rumput), Brachiaria mutica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.la] | مليلا

Definisi : /meléla/; besi ~ besi yg tidak berpamur. pasir ~ pasir yg berwarna kebiru-biruan dan di dlmnya terdapat zat besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.lé.la] | مليلا

Definisi : melagakkan diri dgn melakukan gerakan yg elok-elok; menunjuk-nunjuk: Maka Hang Tuah pun bangkit berdiri seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melela

Puisi
 

Kacang sepat kaki melela,
     Orang meraih di lubuk Johor;
Di mana tempat hati gila,
     Hitam manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris MelelaKeris MelelaKerisTiadaKeris yang mempunyai permukaan mata yang licin.
paragrassrumput melelaVeterinarTiadaSalah satu jenis rumput terpilih yang tumbuh di Asia Tenggara. Nama saintifiknya Brachiaria mutica. Rumput ini sesuai ditanam di rantau yang mendapat hujan lebih dari 1250 mm. Rumput jenis ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap keadaan tanah yang berair dan banjir. Rumput ini juga mempunyai daun dan batang yang berbulu dan sesuai ditanam bersama tumbuhan kekacang Centrosema. Rumput jenis ini sesuai dijadikan sebagai makanan untuk ternakan seperti lembu dan kerbau.
para grass (Brachiaria mutica)rumput melela (Brachiaria mutica)VeterinarTiadaTiada
Justicia gendarussaGandarusa HitamPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali temenggong melela dan urat sugi. Tumbuhan jenis renik mempunyai batang bewarna hijau kehitaman. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips. Bunganya dalam susunan spika, berwarna hijau hingga putih dan mempunyai tompokan merah-jambu. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daun yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat sakit kepala, reumatisme dan bengkak. Air rebusan daun dibuat mandian lepas bersalin. Daun dimakan untuk merawat batuk, demam, tonik untuk jantung, sakit belakang, pinggang, kembung perut, muntah dan kecacingan.
Justicia gendarussagandarusa hitamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai temenggong melela dan urat sugi. Tumbuhan jenis renek ini mempunyai batang berwarna hijau kehitam-hitaman. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk elips. Bunganya dalam susunan spika, berwarna hijau hingga putih dan mempunyai tompokan merah jambu. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daun yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat sakit kepala, reumatisme dan bengkak. Air rebusan daun dibuat mandian selepas bersalin. Daunnya dimakan untuk merawat batuk, demam, tonik untuk jantung, sakit belakang, sakit pinggang, kembung perut, muntah dan kecacingan.

Kembali ke atas