Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ngung] | ملڠوڠ

Definisi : 1. memandang, menoleh: Hajah Bedah ~ melihat Karim; 2. melawat (orang mati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ngung] | ملڠوڠ

Definisi : (duduk) termenung (kerana memikirkan atau mengenangkan sesuatu dll), bermenung: sejak pagi tadi dia duduk ~ sahaja; mungkin pasal itu banyak Pak Aji dan Pak Lebai yg jadi kaki ~ di kedai kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ngung] | ملڠوڠ

Definisi : duduk termenung kerana mengenangkan atau memikirkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengung
Kata Terbitan : melengung,

Puisi
 

Petang-petang ribut berdengung,
     Kilat menyambar pucuk pauh;
Petang-petang duduk melengung,
     Orang nak balik tempat jauh.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Petang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar pucuk pauh; Petang-petang duduk melengung, Orang nak balik tempat jauh.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Petang-petang ribut berdengung, Kain putih berkaki-kaki; Petang-petang duduk melengung, Takut tak boleh kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa berdengung di dalam padi, Sarang penyengat di bawah rumah; Apa melengung dekat kami, Rasa berkenan pergi ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di dalam padi; Petang-petang duduk melengung, Berasa teringat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di daun padi; Petang-petang ambo melengung, Teringat pada adinda tadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak helang di atas gunung, Singgah semalam di Bukit Pinang; Tengah malam bangkit melengung, Bila tahun kita nak senang.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas