Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.cir.kan] | ملينچيرکن

Definisi : menjadikan licin, melicinkan (pergerakan mesin dll), melancarkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.cir.kan] | ملينچيرکن

Definisi : menjadikan lincir; melicinkan (pergerakan mesin dll); menggalirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melincirkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lubricating systemsistem pelinciranKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang membekalkan minyak pelincir ke dalam enjin un- tuk mengelakkan sentuhan antara dua permukaan logam yang sedang bergerak. Sistem ini dikendalikan oleh pam minyak yang menyedut minyak dari penakung minyak dan menghan- tarnya ke galas utama untuk melincirkan putaran aci engkol. Minyak juga dihantar untuk melincirkan pergerakan galas rod dengan aci engkol dan melincirkan pergerakan omboh dengan dinding silinder. Aliran minyak juga dihantar ke kepala silinder untuk melincirkan galas aci sesondol dan komponen dalam rangkaian injap. Seterusnya, kitaran ini dilengkapkan apabila minyak dikembalikan ke penakung minyak.
engine oilminyak enjinKejuruteraanTiadaMinyak untuk melincirkan enjin.
faecal lubricantpelincir najisPerubatanTiadaKumpulan ubat yang melincirkan perjalanan najis di dalam kolon dan rektum yang digunakan dalam rawatan sembelit. Ia biasanya terdiri daripada minyak mineral seperti Paraffin yang bertindak menghalang penyerapan air dari najis. Penggunaan yang berpanjangan akan mengurangkan penyerapan vitamin larut lemak.
lubricantpelincirKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan untuk melincirkan dua bahagian yang bergerak di samping mengurangkan geseran dan hakisan.
chassis lubricationpelinciran casisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah untuk melincirkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam sistem gantungan dan stereng.
gear lubricantsbahan pelincir gearKejuruteraanKejuruteraan MekanikBendalir yang digunakan untuk melincirkan gear atau sistem pemacu gear. Fungsi bendalir ini adalah untuk membentuk satu lapisan nipis antara permukaan gigi gear. Lapisan ini mestilah mampu bertahan di kedudukannya walaupun dikenakan tekanan yang tinggi oleh gigi gear. Lapisan ini juga mestilah mempunyai tahap kelikatan yang sesuai pada suhu operasi gear dan mampu menyediakan tahap penyejukan yang memadai kepada gear. Untuk tujuan ini, bendalir mestilah mempunyai gabungan ciri kompleks yang berikut: i. Antihaus, iaitu mempunyai kekuatan lapisan dan mempunyai ciri pelinciran yang baik. ii. Keberaliran optimum, iaitu mempunyai kelikatan paling rendah pada suhu rendah, kelikatan yang memuaskan, lapisan nipis bendalir yang terhasil pada suhu tinggi mesti mempunyai cukup keupayaan menanggung beban dan mempunyai suhu alah yang cukup rendah. iii. Antikarat. iv. Serasi dengan pengedap. v. Keboleharapan, iaitu tahan penuaan, stabil pengoksidaan dan stabil mekanikal.
greasegrisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMinyak pekat yang digunakan untuk melincirkan bahagian yang bergerak.
gear lubricantpelincir gearKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGris atau minyak yang digunakan untuk melincirkan gear.
bearing oil clearanceruang lega minyak galasKejuruteraan AutomotifTiadaRuang di antara galas dengan bahagian aci yang berputar, untuk membolehkan minyak pelincir mengalir serta melincirkan bahagian galas.
pressure feed oil systemsistem suapan tekananKejuruteraan AutomotifTiadaSistem pelinciran yang menggunakan pam minyak untuk mengedarkan minyak pelincir ke dalam kolong dan saluran minyak untuk melincirkan bahagian enjin.
12

Kembali ke atas