Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liput
Kata Terbitan : meliputi, terliput,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah pengertian filologi dari sudut sasteraSecara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis  atau bahan kesusasteraan  untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa.Lain-lain04.09.2008
Apa peranan DBP untuk memastikan siaran-siaran yang ditontonkan di Malaysia sama ada di TV atau dalam talian contohnya Netflix, Amazonprime dan sebagainya mempunyai sari kata bahasa Melayu? Banyak rancangan dalam talian itu mempunyai sari kata bahasa Indonesia tetapi bukan bahasa Melayu.

Terima kasih atas komitmen tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Peranan untuk menegur dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, bukan sahaja tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, pejuang bahasa, guru, penulis atau karyawan, malah meliputi semua kelompok masyarakat. Oleh itu, tuan merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya.


Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja termasuklah badan penyiaran yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Walau bagaimanapun, perancangan ke arah tersebut sedang diusahakan oleh DBP. 

Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain06.05.2023
Salam sejahtera. Soalannya, mengapa DBP masih belum memperoleh kuasa pelaksana undang-undang bagi kes pelanggaran Bahasa Kebangsaan? Seterusnya, mengapa DBP tidak memperjuangkan Sebutan Baku bagi tujuan formal, sebaliknya sebutan SJR pula yang diperjuang. Adakah ini bukan juga kehendak sebenar DBP namun terpaksa akur dengan langkah Kerajaan pada era tahun 2000 dahulu? Terima kasih.

Terima kasih atas komitmen tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Peranan untuk menegur dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, bukan sahaja tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, pejuang bahasa, guru, penulis atau karyawan, malah meliputi semua kelompok masyarakat. Oleh itu, tuan merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya.


Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Walau bagaimanapun, perancangan ke arah tersebut sedang diusahakan oleh DBP. 

Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain03.05.2023
Assalamualaikum tuan/puan Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang guru di SM Sains Sembrong, Kluang. Pada masa kini sekolah saya sedang berusaha menjayakan sebuah projek seperti yang dinyatakan. Projek ini meliputi usaha memupuk minat membaca di kalangan pelajar melalui peningkatan jumlah bahan bacaan berkualiti di pusat sumber sekolah kami. Untuk itu, kami sedang mengumpul dana melalui 'Derma Kilat Saham Akhirat' serta sumbangan-sumbangan dari NGO dan organisasi lain bagi membiayai usaha pembelian buku secara borong di pesta buku. Saya berharap agar pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan (buku dan/atau wang) dan memberi kerjasama untuk menjayakan projek ini. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh hubungi saya di 01129440511. Saya juga boleh mengefaks kertas kerja projek ini sekiranya diperlukan pihak tuan. Yang benar, Shafika Ameera binti Salleh Setiausaha Projek 'Infusing Dynamic Readers' SM Sains Sembrong.Misi Dewan Bahasa dan Pustaka “Meningkatkan penggunaan bahasa Melayu” termasuklah dalam penamaan. Adakah nama projek ini memang dalam bahasa Inggeris atau ada dalam versi bahasa Melayunya tetapi tidak dinyatakan?  Berbalik kepada jawapan kepada pertanyaan puan, semua permohonan untuk pertimbangan boleh diajukan dengan menulis surat rasmi kepada Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau  menghubungi  talian 03-2147 9464.  Lain-lain13.04.2014
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasihTentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%.Lain-lain21.11.2007
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009
1. Apakah maksud peribahasa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"? 2. Bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "merencanakan" serta perkataan "sarwajagat"? 3. Apakah laman web yang mengandungi senarai istilah yang boleh digunakan?seperti yang terdapat dalm peperiksaan SPM...ataupun mungkin di sini terdapat ..

1. Maksud peribahasa tersebut ialah walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merencanakan digunakan seperti yang berikut: 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyang­ku sampai ke masa aku; tidak dapat ku­rencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, di­terima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan peng­­gempuran direncanakan, pasukan Ame­­rika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; manakala sarwajagat :(bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~; kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~.

3. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/">www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Istilah01.08.2010

Kembali ke atas