Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.dah] | ملوده

Definisi : membuang ludah, menge­luarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meludah

Peribahasa

Jangan meludah ke langit.

Bermaksud :

Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Meludah ke langit, muka juga yang basah.Melawan atau membantahi orang yang berkuasa, akhirnya diri sendiri juga yang susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan meludah ke langit.Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menganga baru meludah.Fikirkan masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas