Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lur] | ملور

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok, gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lur] | ملور

Definisi : nama sj pokok atau bunganya; melati, Jasminum sambac. ~ hutan nama sj pokok atau bunganya, Jasminum bifanum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melur

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(30)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUNGA MELUR

Bunga melur ialah nama bagi kira-kira

200 spesies tumbuhan renek berbunga yang

kebanyakannya tumbuh di kawasan tropika dan

subtropika.

UMUM 
SUNTING MALARKapsyen          :           Sunting malar

 

SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu.  Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala.  Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini.  Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas