Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memancing Jiwa Pembaca RemajaSamsiah Mohd. NorDewan Sastera1 July 2001
Memancing Di SungaiMohd Hanafi Mohd YassinDewan Pelajar1 January 1981
MemancingMoorthi s/o PonnusamyDewan Pelajar1 July 1979
Memancing IkanShaiful GaporDewan Pelajar1 March 1979
Memancing IkanChai ko NgenDewan Pelajar1 November 1978
Memancing Sebagai HobiIshak MohdDewan Pelajar1 January 1978
Memancing IkanHamidah MatDewan Pelajar1 December 1975
Memancing emosi atau sekadar sinis?A.F. YassinDewan Masyarakat15 October 1978
Memancing sebagai kegiatan rekreasiAhmad AliDewan Masyarakat1 May 1994
Memancing MautNohamidaMutiara1 September 1957
12

Kembali ke atas