Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ruman[Òu.mAn]kata adjektifkecil (ukuran untuk ikan, cacing, keladi).Samad mengae ari ni tak buleh banyak ikan, cuma dapat tiga ekoq puyu ruman.[sA.mAd m«.NAE A.Òi ni tA/ bu.leh bA.øA/ i.kAn tSu.mA dA.pAt ti.gA E.k)Ö pu.ju Òu.mAn]Samad memancing hari ini tidak dapat banyak ikan cuma dapat tiga ekor puyu kecil.
congkeh[tSN.kEh]kata kerjamencungkil, mencolek, mengorek, menumpil, menuil.Tiap petang orang tua tu congkeh tanah cari cacin nak buat umpan mengae.[ti.jAp p«.tAN .ÒAN tu.wA tu tSN.kEh tA.nAh tSA.Òi tSA.tSin nA/ bu.wA um.pAn m«.NAE]Setiap petang orang tua itu mencungkil tanah mencari cacing untuk dibuat umpan memancing.

Kembali ke atas