Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui ayat songsang yang manakah betul jika ayat susunan biasa ialah: Ayah memancing ikan semalam. A) Memancing ikan semalam ayah. B) Semalam, ayah memancing ikan. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima sekiranya dikemukakan dalam peperiksaaan SPM?Kedua-dua jawapan tersebut adalah betul dan jika hal yang berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa03.03.2011
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul.

1. Rostrum

2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut.

3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 

4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 

5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. 

Tatabahasa27.04.2010
Ali memancing banyak ikan . Dia berasa gembira "seperti itik mendapat air". Penggunaan peribahasa dalam ayat tersebut sesuai atau tidak sesuai ? Terima kasih.Peribahasa "itik mendapat air" bermaksud memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa09.08.2011
Pak Ali memancing pada waktu petang di sebuah kolam untuk memberi kepada keluarganya makan. Nyatakan kesalahan dalam ayat ini."Memberi" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek seperi memberi duit.Tatabahasa27.09.2014
Pilih ayat yang sama maksud: "Apa kata pada hujung minggu ini kita pergi memancing ke Tanjung Leman," ujar Pak Din kepada Pak Salleh. A. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada minggu itu. B. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada hujung minggu nanti. Yang manakah betul, jawapan A atau B? Terima kasih.

Encik Yeoh,

Ayat yang sama maksud ialah ayat B.

Lain-lain11.10.2010
(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan.(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu.
Meluluskan permohonan itu kami masih belum.
Permohonan itu kami masih belum meluluskan.

(ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai.
Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah.

(iii) Budak itu makan roti canai. 
Roti canai budak itu makan.
 
Tatabahasa29.10.2015
benarkah frasa "pertandingan memancing" dikatakan kurang tepat. Jika benar, apakah farsa yang sepatutnya. terima kasih.Frasa "pertandingan memancing" adalah betul. Tatabahasa18.06.2012
Tuan, Adakah maksud memancing,memukat dan menjala sama?Jika tidak,apakah perbezaan mereka? Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Memancing: menangkap ikan dan lain-lain dengan pancing

Memukat: menangkap ikan dengan pukat

Menjala: enangkap ikan dengan menggunakan jala

Sekian, terima kasih.
Istilah08.03.2018
Selamat sejahtera. Frasa pertandingan bercerita dan pertandingan memancing adalah salah. Apakah frasa yang sepatutnya digunakan?Frasa "pertandingan bercerita" dan "pertandingan memancing" betul dan kedua-dua frasa ini telah banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa18.06.2013
"Kami dapat melatih kesabaran melalui aktiviti memancing ikan." Adakah melatih kesabaran ini betul?Ayat yang betul, kami dapat melatih diri bersabar melalui aktiviti memancing ikan.Tatabahasa11.08.2016
1234

Kembali ke atas