Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Memancing ikan bersama AyahMasup JakartaTiada2012978-967-0148-29-8
Pertandingan Memancing Udang Anjuran BKDBP 2014Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Pertandingan Memancing Udang Anjuran BKDBP 2014Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Pertandingan Memancing Anjuran BKDBP 2013Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Cabaran Memancing Karnival DBP/BKDBPPusat Dokumentasi MelayuTiada2010 
Pergi memancingDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1982 
Peraduan memancing ikanDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Pengalaman dan petua memancing ikan air tawarUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada 967-61-0226-1
150 petua dan teknik memancing : apakah yang anda patut tahu ?Cerdik Publications Sdn. Bhd.Tiada2002983-70-1114-9

Kembali ke atas