Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMANCING

Memancing merupakan salah satu bentuk

rekreasi yang paling popular. Setiap orang pada

semua peringkat umur suka memancing di anak

sungai, sungai, tasik, teluk, dan laut. Ikan yang

dipancing pula terdiri daripada pelbagai spesies

(jenis) ikan.

UMUM 
SPOT

Spot ialah ikan yang popular untuk aktiviti

memancing. Ikan ini panjangnya berbeza-beza dari 15

sentimeter hingga 25 sentimeter dan beratnya lebih

kurang 0.2 kilogram. Spot ini berwarna keperakan di

bahagian atasnya dan kebiruan di bahagian

bawahnya, dengan satu tompok kecil berwarna gelap

di bahunya. Di sebelah atasnya terdapat 12 jalur

hingga 15 jalur berwarna kekuningan. Ikan ini

ditangkap di sepanjang pantai Atlantik dan Teluk

Mexico di Amerika Utara. Ia mempunyai nilai

komersil yang tinggi sebagai makanan.

Pengelasan saintifik. Spot tergolong dalam famili

drum, Sciaenidae. Ia adalah Leiostomus xanthurus.

UMUM 
SUKAN AIR

Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur

air; Memancing; Menyelam.

UMUM 
PUMPUN

Pumpun ialah sejenis cacing laut kecil yang

berbadan lembut. Peminat yang memancing di laut

dalam sering menggunakan cacing ini sebagai

umpan. Pumpun hidup di sepanjang pinggir laut

Atlantik Eropah, Amerika Utara, dan sekitar Laut

Mediterranean .

UMUM 
AMBERJACK

Amberjack ialah ikan buruan yang besar,

berenang laju yang terdapat di lautan panas dan

tropika. Mereka yang memancing untuk sukan

menghargai amberjack kerana kebolehannya

melawan dengan garang apabila termakan umpan.

UMUM 
SUNGAI WAIKATO

Sungai Waikato ialah sungai yang paling

panjang di New Zealand. Sungai ini berpunca di

Gunung Ruapehu, di bahagian tengah Pulau Utara

dan mengalir ke utara sejauh 425 kilometer.

Sungai Waikato mengalir melalui Tasik Taupo,

kota Hamilton, dan wilayah Waikato lalu mengalir

menuju ke Laut Tasman di Pelabuhan Waikato.

Sungai ini telah diempang untuk penjanaan kuasa

hidroelektrik di Ohakuri, Atiamuri, Whakamaru,

Maraetai, Waipapa, Aratiatia, Karapiro dan

Arapuni. Empangan-empangan tersebut

membentuk tasik dan menjadi tempat berperahu

dan memancing ikan yang popular.

UMUM 
TASIK MACQUARIE

Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang

besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira

100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15

kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik

Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak

sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah

Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie

terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan

dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar

utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah

Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen

penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi

mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik

Macquarie sebuah tempat percutian popular yang

menyediakan kemudahan bermain bot dan

memancing yang sangat baik.

UMUM 

Kembali ke atas