Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memancing Di KualaZolkifli AlibBerita Harian14.03.2009
Memancing Ikan Di-Air KeruhYahya SamahMingguan Wanita25.02.1983
Memancing ( Kabus Kasih)Eka FaharaBacaria05.02.2005
Memancing GelombangAbdullah ShuibBerita Minggu04.05.2003
Pesta memancing anjuran Seniman disambut meriahHussein NoorUtusan Malaysia29.04.1983
Keluarga Gerilya berjaya memancing pembacaHashim AwangBacaria24.05.1984
Jangan ditarik ikan bila memancingMohd Najib Hashim dan NaemahSiasah09.09.2007

Kembali ke atas