Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cing] | ممنچيڠ

Definisi : 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Orang Brunei pergi nelayan,
     Memancing ikan di tengah laut;
Kita berdoa mudah-mudahan,
     Sampai kita dapat berpaut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memancing dalam belanga.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anglerpemancingPerikananTiadaIndividu yang mempunyai hobi memancing, sama ada memancing di kawasan air tawar atau di laut untuk mengisi masa lapang. Peralatan khusus yang digunakan oleh pemancing termasuklah joran, tali pancing, kail dan umpan.
sport fishing/gamefishingsukan memancingPerikananTiadaAktiviti memancing yang dilakukan untuk tujuan rekreasi atau pertandingan. Aktiviti ini memberikan nilai kesukanan semata-mata dan bukan untuk tujuan komersial. Bagi penggemar sukan memancing, aktiviti ini memberikan cabaran kepada pemancing untuk mendapatkan ikan dan kepuasan tercapai apabila pemancing dapat bertarung dengan ikan yang memakan umpan. Sinonim perikanan rekreasi.
tilt fishingpancing tautPerikananTiadaKaedah memancing menggunakan batang kayu yang dililitkan dengan tali dan kail di hujungnya. Batang kayu ini di dipacak condong pada tanah dan tali pancing diletakkan di dalam air secara menegak. Kaedah memancing ini digunakan semasa memancing di sawah padi, sungai dan perairan yang tidak berarus.
recreational fishing areakawasan memancing rekreasiPerikananTiadaRuang atau tempat yang dikhaskan untuk aktiviti memancing seperti di kolam, tasik, sungai atau laut.
angling directorypanduan memancingPerikananTiadaBuku panduan yang digunakan oleh pemancing bagi mengetahui lokasi, musim, spesies, teknik memancing dan kaedah penggunaan umpan yang bersesuaian.
anchor fishingpancing sauhPerikananTiadaKaedah memancing di tengah laut atau tasik dengan menggunakan bot yang dilabuhkan sauhnya. Kawasan memancing yang dipilih ialah lubuk yang mengandungi pelbagai jenis ikan. Tali pancing diikat pada ladung pemberat dan dilepaskan sehingga mencecah ke dasar air. Kaedah ini berkesan untuk menangkap ikan yang berada di dasar air.
dead drifthanyut matiPerikananTiadaTeknik memancing yang dilakukan dengan membiarkan umpan hanyut bersama-sama arus. Teknik ini digunakan untuk memancing di sepanjang laluan arus. Teknik ini digunakan dalam pancing layang. Lihat juga pancing layang.
bait castingtebar umpanPerikananTiadaKaedah memancing dengan menggunakan umpan yang dipasang pada mata kail dan kemudiannya dilontar jauh dari tempat memancing ke tempat sasaran. Kaedah ini berkesan untuk menangkap ikan di kawasanyang terpencil dan jauh daripada sebarang gangguan.
finesse fishingpancing telitiPerikananTiadaKaedah memancing dengan memasang lampu pada tali pancing semasa berada di kawasan perairan yang bergelora. Lampu yang dipasang akan menarik perhatian ikan walaupun aktiviti memancing dilakukan di kawasan air yang bergelora.
stained waterair berwarnaPerikananTiadaKeadaan air yang berwarna gelap akibat kandungan bahan organik yang tinggi. Teknik memancing di dalam air berwarna berbeza dengan teknik memancing di dalam air jernih kerana warna umpan yang digunakan lebih terang atau gelap.
123456789

Kembali ke atas