Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya.Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan.Tatabahasa08.03.2012
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
Tuan, sila berikan jawapan untuk soalan 1 dan 2 di bawah, yang manakah ayat menggunakan perkataan yang diberikan dengan betul. Pilih perkataan kemas yang digunakan yang betul. 1. a)Barangan piuter tersusun kemas di sudut itu. b)Ali membungkus hadiah itu dengan kemas. c)Kakak sedang kemas dapur ketika saya pulang tadi.. d)Semua hasil kerja tangannya kemas dan cantik. 2. Pilih perkataan serong yang digunakan dengan betul. a)Tulisannya serong sedikit. b)Kuih itu saya potong serong. c)Pokok itu serong sedikit ke sebelah kanan. d)Janganlah cepat memandang serong terhadap orang lain. sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah:

1. (a)Barangan piuter tersusun kemas di sudut itu. (b)Ali membungkus hadiah itu dengan kemas. (d)Semua hasil kerja tangannya kemas dan cantik.

2. (b)Kuih itu saya potong serong. (d)Janganlah cepat memandang serong terhadap orang lain.
Tatabahasa20.02.2015
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017

Kembali ke atas