Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.fa.Öat.kan] | ممنفعتکن

Definisi : menggunakan sebaik-baik­nya (utk atau dgn cara yg mendatangkan fa­edah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.fa.Öat.kan] | ممنفعتکن

Definisi : mengambil manfaat drpd sesuatu; menjadikan sesuatu ada manfaatnya: ~ segala kemudahan yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memanfaatkan atau memberikan manfaat?

Memanfaatkan bermaksud menjadikan bermanfaat, untuk melihat perbezaan penggunaan perkataan yang tersebut sila lihat contoh ayat ini: ... tidaklah sukar untuk memanfaatkan alat-alat ini untuk kajian saintifik dan hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma.

Tatabahasa24.06.2011
Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan. b. Antara cara yang sya lakukan untuk memanfaatkan masa adalah dengan bersukan.
Jawapan yang lebih tepat ialah Ayat a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan.
Tatabahasa01.09.2019
ejaan memanfaatkan atau menafaatkan atau menefaatkanEjaan yang betul ialah memanfaatkan.Ejaan03.04.2007
Adakah perkataan 'memanfaat' boleh digunakan? Atau perlu menggunakan perkataan 'memanfaatkan'Perkataan yang betul ialah memanfaatkanEjaan08.06.2015
Sebagai seorang guru bahasa, saya dapati sebilangan besar pelajar kini kurang menguasai peribahasa dan gagal memanfaatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan. Saya berharap agar pihak tuan dapat menunjukkan beberapa contoh terbaik tentang cara memanfaatkan peribahasa dalam penulisan.Encik Mohamad Tawpik, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. saya akui sejak akhir-akhir ini penggunaan peribahasa baik dalam penulisan atau penggunaan seharian dalam kalangan pelajar memang merisaukan kita, kerana seolah-olah mereka tidak terdedah dengan apa sebenarnya peribahasa dan bila dan masa yang sesuai digunakan. Untuk memberikan contoh rasanya saya tidak dapat berikan. Yang boleh saya cadangkan,kerana kami terpaksa menjawab soalan ini dalam tempoh 24 jam, cuba dapatkan buku tentang peribahasa dan ambil satu dua daripadanya untuk dijadikan tajuk perbincagan dan seterusnya dijadikan sebagai tajuk penulisan. Terima kasih.Tatabahasa21.02.2009
Salam... Ayat berikut dikatakan ada kesalahan. Boleh pihak tuan nyatakan kesalahan tersebut. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 


dibekalkan- perkataan ini tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan yang sesuai ialah ' diberikan'.

2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.

'masih' kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'tetap'.
Tatabahasa18.09.2012
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Tema:
i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan
ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan
iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan 

Subtema:
● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan
● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif
● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19
● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?)


Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut.
Tatabahasa30.01.2021
Apakah masuk kotek?Untuk melihat makan perkataan, tuan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam laman web kami. Dalam ruang Carian Spesifik, tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "kotek" dan tekan "Cari", pelbagai data tentang tentang perkataan tersebut akan dipaparkan. Untuk maklumat lanjut, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kotek.Makna05.11.2015
usahasamaSila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Untuk menyemak ejaan, tuan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui laman kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain10.10.2015
menggaristerangiSila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika untuk mendapatkan maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain24.01.2017
12345

Kembali ke atas