Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.fa.Öat.kan] | ممنفعتکن

Definisi : menggunakan sebaik-baik­nya (utk atau dgn cara yg mendatangkan fa­edah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.fa.Öat.kan] | ممنفعتکن

Definisi : mengambil manfaat drpd sesuatu; menjadikan sesuatu ada manfaatnya: ~ segala kemudahan yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHREINER, OLIVE

Schreiner, Olive (1855–1920) ialah salah

seorang penulis Afrika Selatan yang terkenal. Dia

terkenal sebagai perintis yang mengakui dan

melayani watak wanita yang sepatutnya ada dalam

memanfaatkan landskap Afrika dalam fiksyennya.

Oliver Schreiner ialah penulis pertama zaman

penjajah yang diterima memasuki dunia

kesusasteraan London.

UMUM 
PEMPROSESAN GASBidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
ZAMAN LOGAMZAMAN LOGAM, zaman selepas Zaman Neolitik, dan merupakan pengenalan kepada teknologi baharu dalam penghasilan alat berasaskan sumber logam.  Zaman tersebut dikatakan sebagai perubahan kebudayaan yang wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah mampu memanfaatkan sumber logam untuk dijadikan alat.  Sebab utama kemunculan zaman ini ialah daya usaha masyarakat itu sendiri, hasil daripada pengalaman industri tembikar di mana mereka mempunyai kebolehan meningkatkan suhu pembakaran dan membuat bekas tembikar yang digunakan dalam industri logam.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU

KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan  pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas