Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.fa.Öat.kan] | ممنفعتکن

Definisi : menggunakan sebaik-baik­nya (utk atau dgn cara yg mendatangkan fa­edah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.fa.Öat.kan] | ممنفعتکن

Definisi : mengambil manfaat drpd sesuatu; menjadikan sesuatu ada manfaatnya: ~ segala kemudahan yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cogenerationkojanaKejuruteraanTiadaOperasi memanfaatkan haba sisa daripada sesuatu proses untuk digunakan dalam proses yang lain, misalnya haba sisa penjanaan digunakan untuk penjernihan minyak.
pluralismpluralismeKesusasteraanTiadaKonsep amalan yang memanfaatkan pendekatan yang pelbagai. Pemajmukan pendekatan ini bertolak daripada pandangan umum yang menganggap bahawa tiada teori yang dapat memberi semua jawapan, justeru pengkritik memerlukan gabungan pelbagai pendekatan. Konsep pemajmukan ini digunakan dalam sebarang disiplin teori seperti dalam ilmu linguistik kritikan kesusasteraan. Menurut Leech dan Short, pendekatan pemajmukan merupakan suatu kompromi kepada pandangan yang mengutamakan penggunaan satu teori sahaja.
teaching framebidang mengajarPendidikanTiadaBidang yang memanfaatkan pelajar dengan pengetahuan baru atau membantunya menyusun semula pengetahuan yang sedia ada dalam pengajaran terancang.
lyrical novelnovel lirikKesusasteraanTiadaNovel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel.
disruptive megatrendtrend mega penggangguEkonomiTiadaProses dalam memanfaatkan gangguan terhadap corak global yang meluas dan berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan persekitaran. Contohnya, seperti pendigitalan, kesihatan, pertumbuhan penduduk dan pembandaran.
rule of thumb learningpembelajaran lazimPendidikanTiadaPembelajaran yang memanfaatkan pengalaman dan kelaziman bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
digital learningpembelajaran digitalPendidikanTiadaPengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkesan.
negotiation skillskemahiran perundinganPentadbiranPentadbiran Awam

Kebolehan dan kecekapan memanfaatkan sebarang perbincangan atau tawar menawar. Kemahiran ini memberikan keuntungan untuk kepentingan dirinya sendiri, individu yang lain atau organisasi yang diwakilinya. Perunding yang cekap akan melahirkan tuntutan yang berkesan dan dalam masa yang sama bijak melindungi kepentingan diri atau organisasi yang diwakilinya. Kemahiran ini sangat penting dimiliki oleh seorang diplomat, jurujual, jururunding, pentadbir dan pemimpin politik. Kelemahan dalam selok-belok perundingan ini boleh menyebabkan kerugian.

street theatreteater jalananKesusasteraanTiadaTeater yang biasanya dilakonkan di tepi jalan raya. Persembahan teater ini memanfaatkan improvisasi, lakonan, dan dialog yang spontan. Para penonton dan orang awam kerap dibawa masuk ke dalam persembahan.
mutant learnerpelajar mutanTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang mudah menyesuaikan diri, berkembang dan berubah untuk memanfaatkan pembelajaran sambil berkongsi dan menyumbang pengetahuan untuk membantu pelajar lain. Mereka menggunakan teknologi dan alat dalam talian dalam proses tersebut.
1234

Kembali ke atas