Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sulur pauttendrilStruktur khusus pada tumbuhan untuk memanjat dan berpaut pada tumbuhan atau struktur lain bagi mendapatkan sokongan. Lihat RajahMenengah Rendah
akar lilittwining rootAkar yang tumbuh dan menjalar secara berpintal-pintal pada batang atau dahan pokok lain. Akar ini biasanya terdapat pada tumbuhan yang memanjat. Contohnya, akar pokok seri pagi.Menengah Rendah

Kembali ke atas