Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kepok[kE.p/]kata kerjamemeluk sesuatu atau seseorang dengan peha dan kaki (seperti memanjat pokok).Kalo nak panjat pokok nyo tu, kepok kemah-kemah.[kA.l nA/ pAn.dZAt p.k/ ø tu kE.p/ k«.mAC-.k«.mAC]Kalau hendak panjat pokok kelapa itu, peluk kemas-kemas.
rot[čt]kata kerjaberupaya.Koi rot lagi nok panjat nyo.[kj čt lA.gi n/ pAn.dZAt ø]Saya masih berupaya untuk memanjat pokok kelapa.
aji[A.dZi]kata namaganti nama diri kedua tunggal.Man nampak anak aji panjat pokok semalam.[mAn nAm.pA/ A.nA/ A.dZi pAn.dZAt po.ko/ s«.mA.lAm]Saya nampak anak awak memanjat pokok semalam.
serong II[s«.ÄoN]kata adjektifberkenaan rasa takut memandang ke bawah dari tempat tinggi.Abang tok berani panjat pokok pase serong.[A.bAN t b«.ÄA.ni pAn.dZAt p.k pA.sE s«.ÄoN]Abang tidak berani memanjat pokok kerana takut memandang ke bawah.

Kembali ke atas