Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memanjat BukitMalihanUtusan Zaman15.04.1951
Memanjat HarapanAmir TanMingguan Watan12.02.1995
Alat-alat memanjat dan mengambil madu lebah tualangTaha Abd. kadir, A. Rahim MarasidiWatan Minggu17.11.1996
Di Sini Kelukaan MemanjatAbdullah ShuibMingguan Famili31.08.1986
Apabila cendekiawan Melayu memanjat Tembok BesarZin MahmudUtusan Malaysia28.10.2002
Segenggam Rindu Sekelumit Hatiku Memanjat Rida-Mu Ya TuhanArdeliana R.MMingguan Kota18.04.1989

Kembali ke atas