Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
climbing planttumbuhan memanjatLandskapTiadaTumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat melalui struktur tertentu seperti sulur paut dan memerlukan struktur sokongan untuk membantunya memanjat.
climbing planttumbuhan memanjatLandskapTiadaTumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat melalui struktur tertentu seperti sulur paut dan memerlukan struktur sokongan untuk membantunya memanjat.
fragrant climbertanaman memanjat harumLandskapTiadaTumbuhan berbunga harum yang tumbuh secara memanjat.
self-clinging climberpemanjat berpaut sendiriLandskapTiadaTumbuhan memanjat yang mempunyai bahagian khas seperti sulur paut dan duri pencakuk bagi tujuan memanjat dan membelit sokongan dengan sendiri.
trailing climbertumbuhan pemanjatLandskapTiadaTumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat dengan menggunakan struktur tertentu seperti tendril, pencakuk dan duri bagi membantunya memanjat.
tendrilsulur pautHerbaBotani dan BioteknologiStruktur yang terdapat pada pokok yang memanjat dan melilit. Struktur ini digunakan untuk memaut, memanjat dan melilit pada sokongan. Contohnya, sulur paut pada pokok peria (Momordica charantia) dan pokok letup-letup (Passiflora foetida).
climbing walltembok panjatLandskapTiadaStruktur binaan konkrit seperti benteng yang dijadikan alat memanjat semasa bersukan. Benteng batu bata yang dibina supaya pokok menjalar dapat memanjat ke atas.
Vitis trifolialakumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan memanjat dalam famili Ampelidaceae yang hidup liar di tanah terbiar, di pinggir hutan dan kadangkala hidup di kawasan pesisir pantai berbatu. Batangnya kecil dilengkapi sulur paut untuk membolehkannya memanjat. Daunnya jenis majmuk dan mengandungi tiga hingga lima anak daun. Anak daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bercabang. Buahnya jenis beri berbentuk bulat leper berwarna hijau berkilat semasa muda dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Daun muda dibuat ubat demam. Air rebusannya diminum dan dibuat mandian. Jus pucuknya diminum bersama-sama air nasi untuk mengubati demam malaria. Air daunnya yang dicampurkan dengan beras dibuat mandian untuk merawat demam malaria pada peringkat panas. Air mandian yang dikenali sebagai ubat jelum juga dibuat mandian untuk mengubati demam kepialu.
ClimberPemanjatPertanianAgronomi

Jenis tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat sesuatu struktur seperti tiang, pokok atau pagar apabila bertemu struktur berkenaan. Contohnya, kacang panjang, petola, kacang kelisa, bunga kesidang dan rotan.  Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar, sulur atau duri yang memberinya keupayaan untuk melekat kepada struktur sokongan yang membolehkannya memanjat.

scandentskanden; memanjatBiologiUmumTiada
123456

Kembali ke atas