Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.tau] | ممنتاو

Definisi : Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tau] | ممنتاو

Definisi : 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tau] | ممنتاو

Definisi : melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa ~ projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memantau


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memantau dan menegur di SegamatRusdi Abd. RahmanDewan Bahasa1 June 2008
Memantau dan menegur di MersingRusdi Abd. RahmanDewan Bahasa1 May 2008
Memantau dan menegur di Kota TinggiRusdi Abd. RahmanDewan Bahasa1 April 2008
Memantau dan menegur di KulaiRusdi Abd. RahmanDewan Bahasa1 March 2008
Memantau dan menegur di PontianRusdi Abd. RahmanDewan Bahasa1 February 2008
Memantau Kesilapan BahasaNik Arshad ZulkifliPelita Bahasa1 May 2000

Kembali ke atas