Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.tau] | ممنتاو

Definisi : Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tau] | ممنتاو

Definisi : 1. menengok, me­lihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalan­an dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk meng­awal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tau] | ممنتاو

Definisi : melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa ~ projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memantau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud 'pemantauan"?

Saudara,

Perkataan pemantauan bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah

1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

 

Makna22.07.2009
Adakah betul penggunaan kosa kata dibawah DJ Radio : Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... - perkataan memantau adakah sesuai untuk pendengar radio? tqMemantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya. Dalam ayat "Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... -" kata yang paling sesuai ialah mengikuti, memantau boleh juga diterima jika pendengar yang mengikuti siaran tersebut bertujuan untuk memerhatikan dan memeriksa perkembangan, contohny seperti pelajar yang membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh juruhebah tersebut. Tatabahasa18.05.2008
Maksud perkataan pemantauanPemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau  projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan  terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau.Makna06.10.2010
Yang manakah paling tepat: a) Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. b) Pak cik jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati.Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati, jika Jaga merujuk nama  seseorang.Ejaan21.05.2012
dicadangkan DBP memantau, kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Dasar Bahasa  sentiasa mengawasi penggunaan bahasa yang digunakan di sektor awam dan swasta. Antara tugas yang dilaksanakan ialah pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.       

Lain-lain13.04.2010
ingin cari perkataan memantauMengikut Kamus Dewan "memantau" memberi makna = 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Makna26.06.2008
BOLEH TERANGKAN DGN LEBIH LANJUT MENGENAI KENYATAAN DI BAWAH: Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjarMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud mengurus ialah menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun. Menyelenggarakan ialah mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Memantau pula ialah memerhatikan dan memeriksa perkembangan. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna26.03.2009
Sejauhmanakah pihak DBP memainkan peranan dalan memantau penggunaan perkataan dan bahasa yang betul dalam dunia pengiklanan terutama sekali papan tanda kedai-kedai yang kebanyakkannya salah . Contohnya "Kedai Menjual Alatulis" jelas salah penggunaan perkataan alat tulis. Harap DBP memohon daripada kerajaan menubuhkan satu pasukan pemantau bagi memantau penggunaan strukrur bahasa yang betul dan tidak megelirukan pelajar.Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sentiasa memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa dalam sektor awam dan swasta.  DBP juga melaksanakan kerja pemantauan dan seterusnya membuat teguran terhadap kesalahan penggunaan bahasa dalam kedua-dua sektor tersebut. Masyarakat pengguna bahasa,contohnya pihak berkuasa tempatan juga sentiasa  menghubungi DBP untuk menyemak penggunaan bahasa yang betul dalam urusan kerja di tempat masins-masing. DBP mengalu-alukan cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau  dan berharap cadangan ini dapat direalisasikan.  Lain-lain15.11.2008
Adakah Dewan Bahasa sentiasa memantau penggunaan bahasa melayu di dalam akhbar harian samada akhbar perdana atau mingguan. Adakah Dewan Bahasa berhak menegur akhbar ini sekiranya terdapat kesalan bahasa.Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di bawah unit pemantauan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam majalah,akhbar dan sebagainya. Dewan Bahasa telah membuat teguran kepada pengamal media yang berkenaan dalam mewujudkan suasana berbahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan akta Dewan bahasa dan pustaka (pindaan dan perluasan)1995, DBP telah diberi tugas dan tanggungjawab termasuk memberi arahan,ulasan,nasihat,bantuan,bimbingan dan latihan dan pengawasan kepada semua pihak demi mendaulatkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain25.07.2007
PENGWUJUDAN PROGRAM AUDIT BAHASA MELAYU BERTUJUAN MEMANTAU PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. SAYA DIFAHAMKAN PROGRAM AUDIT INI MERUPAKAN SATU DARIPADA PERKHIDMATAN DBP. OLEH ITU, APAKAH 3 LANGKAH PELAKSANAAN PROGRAM BERKENAAN SECARA SISTEMATIK. TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN DARIPADA PIHAK DBP.Untuk makluman puan, program audit bahasa masih lagi dalam peringkat perancangan oleh pengurusan DBP. Tidak ada maklumat lanjut yang dapat diuar-uarkan sehinggalah program ini diluluskan dan dapat dilaksanakan pada suatu hari nanti. Sebagai maklumat tambahan, puan boleh merujuk artikel dalam akhbar berkaitan program berkenaan.Lain-lain10.04.2012
12345

Kembali ke atas