Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ngun] | ممباڠون

Definisi : sj tumbuhan (herba), hati-hati,Coleus amboinicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun] | ممباڠون

Definisi : membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian: membunuh tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun] | ممباڠون

Definisi : 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun] | ممباڠون

Definisi : 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangun

Peribahasa

Mencencang memampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya faham 'membangun' adalah kata adjektif sebagaimana yang terdapat dalam frasa 'negara yang membangun'. Tetapi bolehkah 'membangun' digunakan sebagai kata kerja seperti dalam ayat 'Tugas membangun negara yang berdaulat adalah tugas setiap rakyat Malaysia'? Terima kasih.Perkataan yang sesuai dalam ayat tersebut ialah membangunkan, "Tugas membangunkan negara yang berdaulat adalah tugas setiap rakyat Malaysia" kerana membangunkan dalam konteks ini bermaksud membina atau mendirikan.Tatabahasa21.09.2015
1. Apakah yang dimaksudkan "Pembangunan Komersial" sesuatu kawasan. 2. Apakah Yang dimaksudkan "Estetika" sesuatu bangunan? terima kasih.

1. Pembangunan komersial bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan dan perkembangan ataupun usaha/kegiatan  membangunkan (memajukan dan mengembangkan) sesuatu yang berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.

2. Estetika bermaksud  cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll.

Makna22.04.2010
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif?Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang.Tatabahasa24.03.2012
Adakah perkataan "membangunkan" dan "memakmurkan" membawa maksud yang sama? Bagaimana pula jika perkataan "pembangunan'' dan 'kemakmuran" ada mempunyai maksud yang sama?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membangunkan" membawa maksud membuat, mendirikan, membuat supaya membangun (maju dan mengembang) manakala "memakmurkan" bermaksud memajukan supaya makmur.

"Pembangunan" bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) manakala maksud "kemakmuran" ialah perihal makmur (mewah, ser­ba cukup, sejahtera). 

Keempat-empat perkataan ini membawa maksud yang berbeza.
Lain-lain08.07.2022
i. “Memperkukuh Organisasi, Membangun Khairu Ummah" ii. “Memperkukuh Organisasi, Membangun khaira Ummah" Khaira @ Khairu?Cadangan kami, “Memperkukuh Organisasi, Memajukan Ummah".Tatabahasa03.04.2017
Tuan, yang mana satu betul: a) akan membangun rangka kerja atau b) akan membangunkan rangka kerja. Bolehkah tuan memberi penjelasan mengenai perbezaan membangun dan membangunkan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "akan membangunkan rangka kerja".Tatabahasa29.04.2015
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021
Adakah salah dari segi tata bahasa sekiranya saya menggunakan perkataan 'mara' dengan perkataan 'membangun'?Dalam konteks makna, ayat yang lebih tepat ialah mara untuk membangun kerana mara dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud bergerak ke muka, tampil ke hadapan.Makna21.08.2006
Salam sejahtera, sejauh manakah perbezaan antara kata "membangun" dan "membangunkan"? Bolehkah ia digunakan secara bertukar ganti?

Membangunkan bermaksud membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan, atau mengusahakan supaya maju.

Contoh ayat: Membangunkan negara ialah tugas setiap rakyat.

 

Manakala membangun bermaksud bangun berdiri, bangkit; naik (awan dan lain-lain).
Contoh ayat: Malaysia ialah negara yang sedang membangun.

 

Kedua-duanya tidak boleh bertukar ganti kerana “membangunkan” perlu ada objek selepasnya, manakala “membangun” tidak perlu objek.

Lain-lain14.01.2021
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
123

Kembali ke atas