Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disastrousadj 1. calamitous, membawa /bencana, malapetaka/: ~ floods, banjir yg membawa bencana; 2. that brings misfortune, membawa kecelakaan: it was a move that proved ~ for the enemy, itu satu langkah yg terbukti membawa kecelakaan kpd pihak musuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ so. in, membawa sso masuk: his secretary brought the visitors in, setiausahanya membawa pelawat-pelawat itu masuk; ~ (st) in, a. cause st to come in, membawa sst masuk: ~ in another plate please, tolong bawa masuk satu pinggan lagi; b. gather st, memungut sst: the farmers are ~ing the apples in early this year, tahun ini peladang-peladang memungut epal awal; c. produce st, /menghasilkan, membawa masuk/ sst: income tax ~s in millions of dollars, cukai pendapatan membawa masuk berjuta-juta dolar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
innovative, innovatoryadj 1. newly introduced or invented, membawa pembaharuan: ~ ideas, gagasan-gagasan yg membawa pembaharuan; a radical and ~ approach, pendekatan yg radikal dan membawa pembaharuan; ~ works, karya yg membawa pembaharuan; 2. having tendency to introduce innovations, cenderung membuat pembaharuan: an ~ industrialist, usahawan yg cenderung membuat pembaharuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fataladj 1. that will cause or is capable of causing death, membawa maut, menyebabkan kematian; (of injury) parah: a ~ accident, kemalangan yg membawa maut; the disease can be ~ to young children, jika dihidapi kanak-kanak, penyakit itu boleh membawa maut; he received ~ injuries, dia mengalami cedera parah; 2. disastrous, membawa padah: a ~ decision, keputusan yg membawa padah; he has one ~ flaw, dia mempunyai satu kelemahan yg membawa padah; his death was ~ to the movement, kematiannya membawa padah pd pergerakan itu; 3. decisively important, penentuan; 4. destined, ditakdirkan, tersurat: the ~ day has arrived, hari yg ditakdirkan itu telah tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ferryvt membawa [sso, sst] (dgn feri); (across body of water), /membawa, menyeberangkan/ [sso, sst] (dgn feri): Zaleha ferries her children to and from school every day in her sister’s car, Zaleha membawa anak-anaknya pergi balik ke sekolah setiap hari dgn kereta kakaknya; to ~ tourists across the channel, membawa pelancong menyeberangi selat dgn feri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inconclusiveadj tdk membawa pd sebarang /keputusan, kesimpulan/: the outcome of the tests was ~, keputusan ujian itu tdk membawa pd sebarang keputusan; ~ evidence, keterangan yg tdk membawa pd sebarang keputusan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ so. down, membawa sso turun; ~ st down, a. cause st to be taken to a lower place, membawa sst turun, menurunkan sst: he brought the table down from upstairs, dia membawa meja itu turun dr tingkat atas; b. shoot down plane, bird, etc, menembak jatuh sst; (animal) menembak rebah: the gunners brought down two enemy planes, penembak-penembak itu menembak jatuh dua buah kapal terbang musuh; he brought down the lion with a single shot, singa itu direbahkan dgn satu das tembakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deadlyadj 1. fatal, lethal, (boleh) membawa maut: the poison of the taipan is ~, bisa ular taipan boleh membawa maut; a ~ disease, penyakit yg boleh membawa maut; 2. implacable, a. (of enemy, foe) ketat: ~ enemies, musuh ketat; b. (of feeling) meluap-luap: ~ hatred, kebencian yg meluap-luap; ~ vengeance, dendam kesumat; 3. with aim to kill, destroy, bermati-matian: to be locked in ~ combat, terlibat dlm pertarungan bermati-matian; 4. deathlike, a. (of paleness, pallor) spt mayat: a ~ paleness spread over her features, wajahnya beransur-ansur pucat spt mayat; b. (of silence) sepi; c. (of stillness) sesepi-sepinya; 5. excessive, sangat: he was in ~ haste to leave town, dia sangat tergesa-gesa hendak meninggalkan bandar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
walk3. take for a walk, membawa berjalan(-jalan): she ~s the dog every evening, dia membawa anjing itu berjalan-jalan setiap petang; the nurse ~ed the patient up and down the corridor, jururawat membawa pesakit itu berjalan ulang-alik di koridor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carry~ st over, a. (accounting) membawa sst ke hadapan; b. retain as st to be dealt with later, membawa sst: to ~ over some minor matters until the next meeting, membawa beberapa perkara kecil ke mesyuarat yg akan datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas