Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tumbolang Tbtempat membawa air yang diperbuat daripada bambu.Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selabit Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jabir Ibsejenis tempayan seramik.Oleh itu kami datang membawa adat iaitu adat berjumlah lapan buah tajau jabir untuk membawa awak pulang," kata Gerijih kepada Senabong.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labang beruang, *laba beruang* Ibmembawa petanda atau alamat baik.Kalau kita nampak beruang semasa pergi ke huma, ini juga tidak baik. Maksudnya sama dengan burung atau binatang lain yang membawa nasib yang tidak baik. Tetapi kalau kita nampak ia datang menuju kita dari hadapan, ini baik kerana ia menghantar tuah yang dipanggil burung labang beruang kepada kita.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungun Kdalat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh.Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun.Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkal IbHukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya.Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran).Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
turun tangga MSristiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan).Selawat dan doa selamat dibacakan oleh imam untuk kedua-dua mempelai. Dengan iringan pukulan hadrah, tepung tawar dilakukan. Kemudian diikuti pula dengan upacara turun tangga sebanyak tujuh kali.Adat Resam Penduduk SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temeran Ibalas untuk membawa bakul yang diperbuat daripada kulit kayu tekalong.Kedua-dua belah telinga budak-budak di rumah panjang itu diconteng dengan kapur dan kedua-dua belah tangan mereka digelangkan dengan seutas tali yang dinamakan temeran.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
papau Ibsejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678

Kembali ke atas