Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trachea/trachealtrakeaBiologiEntomologiTiub udara yang bercabang-cabang untuk membawa masuk oksigen dan membawa keluar karbon dioksida semasa respirasi pada serangga dan artropod lain.
current carrying capacitykeupayaan membawa arusSosiologiTiadaKetahanan membawa arus pada suhu biasa tanpa menyebabkan berlakunya kepanasan, contohnya pada kabel.
cardiovascular systemsistem kardioveselVeterinarPraklinikalSistem yang terdiri daripada jantung dan vesel darah. Vesel yang membawa darah daripada jantung dikenali sebagai arteri; manakala yang membawa darah ke jantung ialah vena. Sistem arteri bermula dengan arteri besar yang bercabang menjadi arteriol kemudian menjadi kapilari. Kapilari ini bersambung dengan venul yang kemudian menjadi vena besar untuk membawa darah ke jantung. Fungsi sistem kardiovesel adalah menghantar oksigen dan nutrien ke tisu periferi dan membuang karbon dioksida serta hasil buangan ke organ perkumuhan.
cargo trampkapal kargo sisirSukanTiadaKapal yang membawa kargo tidak secara pelayaran tetap seperti membawa kargo pukal.
carrierpembawaPerubatanTiada6. Individu yang membawa organisma yang menyebabkan penyakit tanpa menunjukkan tanda atau gejala.,7. Orang yang membawa trait penyakit keturunan.
passenger carkereta penumpangKejuruteraanTiada1. Kereta yang menggunakan landasan kereta api untuk membawa penumpang.,2. Sebarang automobil yang digunakan untuk membawa penumpang.
data channelsaluran dataKejuruteraanTiadaSaluran komunikasi yang digunakan untuk membawa isyarat data sebagai alat komunikasi di antara dua titik (berbeza dengan saluran yang membawa isyarat pertuturan atau audio).
private carrierpengangkut persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaSyarikat pengangkutan yang mengikat kontrak untuk membawa barangan pelanggan yang tertentu. Berbeza daripada pengangkut awam yang membawa barangan untuk sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan.
combi aircraftpesawat udara kombiAeroangkasaTiadaPesawat udara yang dikhaskan untuk membawa penumpang dan kargo di dalam ruang penumpang.,Pesawat udara yang dikhaskan untuk membawa penumpang dan kargo di dalam ruang penumpang.
roof lightterowong bumbungKesenianSeni BinaSaluran yang membawa cahaya luar masuk ke dalam sesuatu ruang dengan menggunakan gelung anjal atau tiub. Terowong bumbung berbeza dengan jendela bumbung yang membawa masuk cahaya dari luar melalui bukaan panel kaca atau plastik jenis akrilik pada permukaan bumbung.
12345678910...

Kembali ke atas