ohmmeter | meter ohm | Teknik | Elektrik | Meter untuk mengukur rintangan dalam unit ohm. Jika meter ini jenis analog, skalanya bermula dari infiniti di sebelah kiri membawa ke sifar di sebelah kanan dan senggat-senggatnya tidak sekata. Sinonim ohmmeter. |
turret saddle | pelana turet | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Meja yang digunakan untuk membawa turet yang boleh digerakkan ke dalam atau ke luar dan ke kiri atau ke kanan untuk melaras kedudukan mata alat bagi melarik benda kerja. Alat ini digunakan pada mesin pelarik turet. |
cardiovascular system | sistem kardiovesel | Veterinar | Praklinikal | Sistem yang terdiri daripada jantung dan vesel darah. Vesel yang membawa darah daripada jantung dikenali sebagai arteri; manakala yang membawa darah ke jantung ialah vena. Sistem arteri bermula dengan arteri besar yang bercabang menjadi arteriol kemudian menjadi kapilari. Kapilari ini bersambung dengan venul yang kemudian menjadi vena besar untuk membawa darah ke jantung. Fungsi sistem kardiovesel adalah menghantar oksigen dan nutrien ke tisu periferi dan membuang karbon dioksida serta hasil buangan ke organ perkumuhan. |
beaching a ship/boat | mengandas kapal/bot (ke pantai) | Pelayaran | Tiada | Proses membawa kapal ke pantai dalam operasi amfibia. |
straight arm pull over | lengan lurus angkat ke depan | Sukan | Tiada | dan membawa semula ke posisi asal. Latihan ini untuk menguatkan tangan dan bahu. |
amalgam carrier | pembawa amalgam | Perubatan | Tiada | Alat membawa amalgam ke dalam kaviti semasa pengrestorasian gigi. |
aorta | aorta | Biologi | Fisiologi | Arteri trunkus yang membawa darah ke badan melalui arteri lain dan cabang-cabangnya. |
roof light | terowong bumbung | Kesenian | Seni Bina | Saluran yang membawa cahaya luar masuk ke dalam sesuatu ruang dengan menggunakan gelung anjal atau tiub. Terowong bumbung berbeza dengan jendela bumbung yang membawa masuk cahaya dari luar melalui bukaan panel kaca atau plastik jenis akrilik pada permukaan bumbung. |
service drop | susut khidmat | Teknik | Elektrik | Kabel untuk membawa bekalan ke bangunan yang menggunakan talian atau nama lain bagi kabel perkhidmatan talian atas. |
launch vehicle | kenderaan pelancar | Aeroangkasa | Tiada | Kenderaan yang direka untuk membawa muatan ke angkasa. |