Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. menyebabkan mendapat untung. b. pergi mencari penghidupan di tempat lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Hulu mujur pandai bertengkar,
     hulu baik pandai memakai.

Bermaksud :

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam saya ingin bertanyakan maksud kepada peribahasa berikut: 1. rumah kemakmuran 2. telaga di bawah gunungTelaga di bwah gunung bermakna perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. rumah kemakmuran tiada dalam rujukan kami.Lain-lain14.10.2009
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama?"agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.
Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa08.10.2012
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.

1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu.  2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara.  3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur.  4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 

5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu  hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal.

6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan.  7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.

Tatabahasa18.12.2008
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung.Istilah05.02.2014
Soaln: Keliru dengan manfaat dan kemanfaatan? Boleh terangkan bezanya? Aktiviti kokurikulum membawa banyak (kemanfaatan atau manfaat) ? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, 'manfaat' bermaksud guna, faedah, untung dan laba. Manakala 'kemanfaatan" juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Lain-lain23.01.2011
1. mengandok 2. mencarakMohon untuk mendapatkan contoh penggunaan mengandok. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mencarak membawa maksud kelihatan muncul, membuka dan melihat daun terup, meminum air dengan mencucurkannya ke mulut, memakan telur dari kulitnya, mengambil untung dengan berlebihan atau menghisap darah.Makna30.08.2006
Apakah istilah BM bagi 'intrapreneurship'? Di dalam PRPM, istilah nya ialah 'usaha sama',tetapi apakah beza 'usaha sama' untuk 'intrapreneurship' dengan 'usaha sama' yang membawa maksud 'joint-venture'? Terima kasih.Berdasarkan Istilah Bahasa Melayu, Maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi."Makna07.09.2022
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang  ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan.Istilah01.04.2010

Kembali ke atas