Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belah daen[b«.lAh dAen] membelah dua tanpa putus pada bahagian belakang kepala ikan hingga ke ekor, biasanya untuk dikeringkan atau dipanggang.Hang belah daen ikan ruan hat mati tu buat kerin.[hAN b«.lAh dAen i.kAn Òu.wAn hAt mA.ti tu bu.wAt k«.Òin]Kamu belah daen ikan haruan yang mati untuk dikeringkan.
pisau bangkong[pi.sAw bAN.koN] sejenis pisau yang bersaiz besar, biasanya digunakan untuk menyiang ikan, membelah kelapa dan sebagainyaKalu nak belah buah nyoq ambek pisau bangkong.[kA.lu nA/ b«.lAh bu.wAh ø)Ö Am.bE/ pi.sAw bAN.koN]Kalau nak belah buah kelapa ambil pisau bangkung.
tak rot idop[tA/ Òot i.dop] tidak berupaya atau mampu untuk melakukan sesuatu; tak rotTak rot idop langsong nak belah kayu, maih sini aku buat.[tA/ Òot i.dop lAN.soN nA/ b«.lAh kA.ju mAC si.ni A.ku bu.wAt]Tidak berupaya hendak membelah kayu, mari sini saya buat.

Kembali ke atas