Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMBELAH KAYU

Membelah kayu ialah sejenis sukan

pertandingan yang popular di Australia dan New

Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik

lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu

termasuk peserta dari luar negara. Badan yang

menguruskan pertandingan itu di Australia ialah

Persatuan Pengapak Kayu Australia.

UMUM 
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM 
KACIP

KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip.

BUDAYAAlat/Alatan
PARANG

PARANG, sejenis senjata pendek yang digunakan untuk membelah, menebang pokok-pokok kecil, memotong, melapah daging, menakik pokok untuk membuat tanda dan sebagainya.

BUDAYAAlat/Alatan
ASMA' BINT ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Asma' bint Abu Bakar al-Siddiq (27 S.H.–73

H./595–692 M.) ialah sahabat Nabi Muhammad

s.a.w. Baginda menggelarkannya Zat al-Nitaqayn

yang bermaksud “yang mempunyai dua tali

pengikat”, kerana dia menyediakan makanan

untuk ayahnya, Abu Bakar r.a. dan Rasulullah s.a.w.

ketika mereka berhijrah ke Madinah. Oleh sebab

tidak terdapat sebarang tali untuk mengikat bekas

minuman, Asma’ terpaksa membelah tali

pinggangnya kepada dua bahagian dan mengikat

bekas minuman tersebut.

UMUM 
STRASSMANN, FRITZ

Strassmann, Fritz (1902–1980) ialah ahli kimia

Jerman. Usahanya bersama Otto Hahn, ahli kimia

Jerman, dan Lise Meitner, ahli fizik nuklear Austria,

membawa kepada penemuan pembelahan nuklear

(pemecahan nukleus atom). Pada tahun 1938,

Strassmann dan Hahn mendapati bahawa

pembedilan atom urnium dengan neutron

menghasilkan unsur barium (lihat Barium).

Meitner dan Frisch, ahli fizik Austria, Otto Frisch

pada tahun 1939, menjelaskan bahawa neutron

telah membelah nukleus uranium, menghasilkan

nukleus barium dan unsur-unsur lain.

UMUM 
SIKIN

SIKIN, senjata Melayu yang merupai sebilah parang biasa.  Sikin dipercayai berasal dari Pahang dan digunakan oleh kaum wanita untuk membelah, memotong dan meraut daun mengkuang.  Mata sikin digunakan untuk memotong dan belakangnya digunakan untuk menarik dan mengumpulkan daun-daun yang sudah bercerai.  Ini boleh dilakukan dengan senang oleh sebab bentuk belakang sikin berkelok-kelok.

BUDAYAAlat/Alatan
PERAK

PERAK, negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia, terletak di antara garisan bujur 10030’

Timur dan 10145’ Timur dan di antara garisan lintang 340’ Utara dan 550’ Utara. Perak di

sempadani oleh Selangor di selatan; Pahang dan Kelantan di timur; Kedah, Pulau Pinang dan

Thailand di utara; dan Selat Melaka di baratnya. Luas Perak ialah lebih kurang 21 005 kilometer

persegi, termasuklah sebahagian besar dataran pantai barat. Sungai Perak yang menjadi fokus

perkembangan penghidupan mengalir sejauh 406 kilometer ke selatan dan membelah Banjaran

Keledang di timur dan Banjaran Bintang di barat sebelum meliku ke barat di Teluk Intan dan

bermuara di Selat Melaka.

UMUM 
ADAT KELAHIRAN

ADAT KELAHIRAN, segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan Melayu mengandung sehingga melahirkan anak. Upacara ini terdiri daripada lenggang perut atau kirim perut, memotong pusat, membelah mulut bayi, mencukur rambut dan memberi nama bayi.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas