Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membelah Malam Yang Dingin..Azizi Haji AbdullahHarian Nasional23.01.1984
Membelah DinihariAmi MasraBerita Minggu (Sastera dan Budaya)31.12.2000
Gema Membelah Gema 7 akan diedar di hari puisi nasional '84TiadaUtusan Malaysia30.05.1984
Gema Membelah Gema sempena Hari PuisiTiadaUtusan Melayu24.07.1972
Gema Membelah Gema lahir sempena Hari Puisi keenamSuhaimi Haji MuhammadBerita Minggu09.04.1978
Gema Membelah Gema pancar kesungguhan Hari Puisi ketiga..Abdullah TahirBerita Minggu13.10.1974
Gema membelah gema (6)Pak Pandir ModenUtusan Malaysia16.04.1981
Bangun Membelah OmbakNoor S. MMingguan Malaysia01.10.1969
Bangun Membelah OmbakNoor S. MMingguan Malaysia01.10.1969
Jejak Membelah MalamBaharuddin AdamMingguan Malaysia30.01.1977
12

Kembali ke atas