Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bergerak pada pam rod penyedut apabila pam berkenaan berada pada dasar lejangnya, iaitu pada dasar lejang ke bawahnya. (KEJ) cleavage test (ujian rekahan) Ujian untuk mengukur rintangan kayu terhadap daya membelah, sama ada pada satah jejari atau satah tangen. (HUT) climatic anomaly (anomali iklim) Perbezaan antara nilai satu unsur iklim di suatu tempat dengan nilai min di clear climatic anomaly Kamus rehat. (KEJ) core DNA (DNA teras) Bebenang DNA sepanjang 146 bp yang melilit partikel teras nukleosom. (BIO) core slab (belahan teras) Teras yang dipotong dalam bentuk separa silinder dengan cara membelah dua sampel teras dalam arah yang selari dengan paksi panjangnya. Belahan teras ini biasanya berukuran 2 m panjang dan disimpan dalam kotak teras. (KEJ) core veneer (venir kor) 1. Lapisan

Kembali ke atas