Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enterokinaseenterokinaseVeterinarPraklinikalEnzim protease yang membelah lisina pada satu heksapeptida. Enzim ini kadangkala membelah residu bes bergantung pada bentuk substrat protein. Enterokinase wujud dalam usus kecil dan memangkin pembentukan tripsin daripada tripsinogen. Sinonim enteropeptidase.
jangkajangkaKesenianTiadaAlat untuk membelah daun pandan atau mengkuang atau buluh menjadi helaian atau bilah yang lebih kecil mengikut lebar yang dikehendaki. Bagi membelah mengkuang, alat ini mempunyai banyak mata yang tajam.
penjangkaanpenjangkaanKesenianTiadaProses membelah daun pandan, mengkuang, buluh atau rotan menjadi helaian atau bilahah kecil menggunakan jangka.
penyangianpenyangianKesenianTiadaProses membelah lapisan buluh menjadi bilah-bilah kecil.
pembelahanpembelahanKesenianTiadaProses membelah rotan menjadi bilah-bilah mengikut ukuran yang dikehendaki.
pembilahanpembilahanKesenianTiadaProses membelah buluh untuk menjadikannya helaian mengikut ukuran tertentu.
dissectdisek/bedahPerubatanTiadaMembelah sesuatu organisma untuk meneliti strukturnya.
-galactosidase?-galaktosidaseBiologiGenetikEnzim yang membelah ?-galaktosidase seperti laktosa kepada juzuknya.
transketolasetransketolaseKimiaBiokimiaEnzim yang membelah sesuatu substrat pada kedudukan karbon karbonil, dan mengangkut dua serpihan karbon ke sebatian penerima bagi membentuk sebatian baru.
malo (Kay.)malo (Kay.)KesenianTiadaProses membelah rotan menjadi bilah-bilah mengikut ukuran yang dikehendaki.
123456

Kembali ke atas