Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li.be.lah] | ممبلي - بله

Definisi : membeli berbagai-bagai jenis barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli-belah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT MEMBELI-BELAH

Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai

jualan runcit dan pejabat perniagaan dan

profesional yang dibina dan diuruskan sebagai

satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan

perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu

kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai

kawasan membeli-belah (mall) .

UMUM 
SUBBANDAR

Subbandar ialah daerah di luar kawasan bandar

raya atau bandar. Banyak subbandar menjadi

kawasan kediaman yang kebanyakannya didiami

penduduk yang berulang-alik untuk bekerja di

bahagian pusat bandar. Sesetengah subbandar

merupakan kawasan perindustrian dan

mengandungi kilang, pejabat, dan pusat membeli-belah

yang besar.

UMUM 
SHEPPARTON

Shepparton (pend. 31 171ialah bandar di Victoria, Australia. Shepparton terletak di Sungai Goulburn, kira-kira 180 kilometer ke utara

Melbourne. Shepparton ialah bandar utama

di Lembah Goulburn yang subur dan pusat Skim

Pengairan Lembah Goulburn. Shepparton

mempunyai beberapa buah industri, sebuah pusat

membeli-belah yang sangat baik, dan pelbagai

kemudahan sukan dan kebudayaan, termasuk

sebuah pusat sivik dan galeri seni Shepparton

pada asalnya dikenali sebagai McGuire’s Punt. Pada

tahun 1853, bandar ini telah dinamakan semula

sebagai Shepparton sempena nama perintisnya

Sherbourne Sheppard, yang menetap di daerah itu

pada tahun 1843. Ia telah diisytiharkan sebagai

sebuah bandar pada tahun 1949.

UMUM 
KLCC

KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia

merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City

Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la

merupakan projek mega bersepadu meliputi

kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di

lokasi strategik di kawasan segi tiga emas

Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara

Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah

Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel

Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah,

Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara

Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi

di dunia.

UMUM 
RESTORAN

Restoran ialah tempat perniagaan yang

menyajikan makanan dan minuman kepada orang

awam. Pada mulanya, restoran menjalankan

perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara

berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan

restouran berasal daripada perkataan Latin

restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan

semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata

tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk;

hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen

kereta api; taman hiburan; dalam bangunan

pejabat; dan juga pusat membeli-belah.

UMUM 

Kembali ke atas