Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PHALAROPE

Phalarope ialah burung kecil bak burung kedidi

yang membiak di Hemisfera Utara dan

menghabiskan musim sejuk di Hemisfera Selatan.

Phalarope kelabu dan phalarope leher merah

membiak di kawasan Artik dan sub-Artik. Burung

ini menghabiskan musim sejuk di laut lepas di

Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

UMUM 
KEMANDULAN

Kemandulan merujuk kepada ketakupayaan

membiak. Kemandulan berlaku pada kesemua

bentuk hidupan, daripada mikroorganisma hingga

kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan peringkat

tinggi dan manusia.

UMUM 
MERBUK BALAM

Merbuk balam ialah merbuk kecil yang

membiak di hutan jarang dan desa lapang di

Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk

balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke

selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia

terbang pantas dan terbang terus sambil

mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam

memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi

kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga.

Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam

betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar

nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput.

Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina

menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika

Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai

merbuk balam.

UMUM 
PLATIPUS

Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia

yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia

yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri.

Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik

kerana mempunyai muncung yang lebar, leper,

dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik.

UMUM 
LEUKEMIA

Leukemia ialah sejenis barah yang disebabkan

oleh sel darah putih tak normal yang membiak

dengan cara yang tidak dapat dikawal. Sel tak

normal ini mengganggu penghasilan sel darah

putih normal yang melawan jangkitan penyakit.

UMUM 
MERBUK MERATAP

Merbuk meratap ialah burung di Amerika

yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia

membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico,

dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada

musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30

sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang

kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya.

Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik

hitam. Burung ini terbang laju.

UMUM 
KNOT

Knot ialah nama dua spesies burung randuk

di Hemisfera Utara. Burung ini membiak di

tempat kering dan berbatu di seluruh tundra

Artik. Pada musim panas muka dan bahagian

bawah burung berwarna merah bata, tetapi pada

musim sejuk, bahagian bawahnya berwarna

putih.

UMUM 
PETREL

Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar

burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di

dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali

semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup

angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang

di belebas yang terlindung atau dalam lubang di

sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu

atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira-

kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Sesetengah petrel mencari makanan dengan

menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel

terbang dekat dengan ombak dan mengambil

makanan dari permukaan air.

UMUM 
IKAN TROPIKA.Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam
habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika.
Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada
jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak
sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah.
Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada
ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira
2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira
600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium
rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga
boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
UMUMUmum
SANDERLING

Sanderling ialah burung yang tergolong dalam

famili yang sama dengan berkek dan kedidi. Ia

berbeza daripada burung-burung ini kerana ia

hanya mempunyai tiga jari kaki. Sanderling

membiak di pantai Artik dan tundra dan

mengembara ke selatan pada musim sejuk.

UMUM 
123

Kembali ke atas