Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.biar.kan] | ممبيارکن

Definisi : 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.biar.kan] | ممبيارکن

Definisi : 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
connivemembiarkanUndang-undangTiadaTiada
agemengumurKejuruteraanPetroleumMembiarkan simen mengeras sehingga mencapai tahap yang lebih keras daripada pengerasan pertengahan simen berkenaan. Masa yang diperlukan bergantung pada jenis simen, kandungannya dan sekitaran tempat simen berkenaan diletakkan. Proses di atas kadangkala dikenali sebagai pengawetan simen.
talortalorSukanTiadaKeadaan membiarkan uri gasing berpusing tanpa dibela uri.
talurtalurSukanTiadaKeadaan membiarkan uri gasing berpusing tanpa dibela uri.
ratooningpeladunanPertanianAgronomi

Kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman.

fallow (land)tanah rangGeografiTiadaMembiarkan tanah pertanian yang dibajak tanpa diusahakan sama ada untuk keseluruhan musim tanaman atau sebahagian daripadanya bagi mengekalkan kesuburannya.
passive euthanasiaeutanasia pasifGerontologiTiadaAmalan membiarkan pesakit dengan tidak melakukan sebarang tindakan, sehingga kematian pesakit berlaku secara semula jadi.
legeringpancing tungguPerikananTiadaKaedah memancing dengan membiarkan umpan berada di dasar sungai atau tasik. Pemberat akan digunakan untuk menetapkan kedudukan umpan. Melalui kaedah ini, pemancing memegang joran dan jari telunjuk menyentuh tali utama untuk memudahkan pemancing mengesan gigitan ikan.
manslaughterpematian orangKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian seseorang tanpa niat untuk membunuh.
laying onpancing setempatPerikananTiadaKaedah memancing dengan membiarkan umpan berada pada keadaan tetap di dalam air yang mengalir. Pelampung dan pemberat dipasang mengikut kesesuaian kedalaman air yang dikehendaki dan dibiarkan pegun di dalam air yang mengalir.
1234

Kembali ke atas