Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.das] | ممبيدس

Definisi : 1. memantul (balik): setelah saya lepaskan, dahan itu ~; 2. menembus (pertahanan musuh dll): serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh; 3. mengecam: menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.das] | ممبيدس

Definisi : 1 bergerak dgn cepat kerana digerakkan oleh benda-benda yg melenting; memantul balik: Apabila umpannya terusik, jerat itu akan ~. 2 bergerak maju; maju menyerang serta menembusi: Askar Mesir telah berjaya ~ barisan pertahanan Israel di Bar Lev. 3 mengeluarkan kata-kata yg pedas; mengecam: Menteri itu telah ~ orang-orang yg enggan belajar bahasa Melayu. 4 membalas serangan; menjawab (dgn keras); mengecam kembali: Surat itu bertujuan ~ pihak pentadbiran yg lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membidas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) apakah syarat-syarat perbahasan? 2) apakah kemahiran yg perlu ada pada seorang pembahas? 3) maksud berhujah dan membidas? 4) ciri-ciri hujah yang baik.Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Mohon bercakap dengan Puan Maziena di talian 03 - 61964319.Terima kasih.Makna20.10.2008
Boleh saya tahu apa maksud melahar?Perkataan melahar merupakan bahasa percakapan. Perkataan yang betul dan sesuai digunakan ialah mengecam, mengkritik (keras), membidas dan mencela. Makna25.01.2021

Kembali ke atas