Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bum.bung] | ممبومبوڠ

Definisi : naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bum.bung] | ممبومبوڠ

Definisi : naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membumbung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recoverypemulihanHidrologiTiada(1) Gerak membumbung muka air tanah atau permukaan piezometri yang disebabkan oleh pengimbuhan selepas penyusutan.
hydraulic grade linegaris gred hidraulikGeografiTiadaGaris yang menghubungkan titik-titik ketinggian yang padanya air akan membumbung dalam paip piezometri.
thermaltermaSainsTiadaIsi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan.
dry stagetahap keringGeologiTiadaFasa proses pengembangan adiabatik udara lengas tanpa wap air yang padanya udara tak tepu yang membumbung itu akan menyejuk mengikut perubahan suhu adiabatik kering sekitar 10 per ketinggian 100m.
dry stagetahap keringSainsHidrometeorologiFasa proses pengembangan adiabatik udara langas tanpa wap air yang padanya udara tak tepu yang membumbung itu akan menyejuk mengikut perubahan suhu adiabatik kering sekitar 1o per ketinggian 100 m.
ice damempangan aisGeografiTiadaLonggokkan ais yang menimbun, menyebabkan tersumbatnya alur sungai dan mengakibatkan paras air ke hulu sumbatan itu membumbung.
ice damempangan aisGeografiTiadaLonggokkan ais yang menimbun, menyebabkan tersumbatnya alur sungai dan mengakibatkan paras air ke hulu sumbatan itu membumbung.
ice jamsumbat aisGeologiTiadaLonggokan ais yang padat dan menimbun yang menyebabkan tersumbatnya alur sungai dan mengakibatkan aras air ke hulu sumbatan itu membumbung.
S-curvelengkung-SSainsHidrometeorologiHidrograf, bagi suatu lembangan sungai tertentu, yang dihasilkan daripada larian yang berterusan pada kadar tetap 1.00 inci per selang tempoh tertentu. Lengkung ini mempunyai bentuk-S, atau ogif, tungkai membumbung dan akhirnya mewakili kadar aliran malar cukup untuk meluahkan larian dengan kadar tertentu. Lengkung-S biasanya dibentuk daipada hidrograf unit tunggal dengan proses mudah alihan masa berturutan diikuti dengan mencampurkan semua ordinat (nilai luahan). Secara teori, hidrograf unit ribut bagi sebarang jangka masa boleh didapati daripada lengkung hasilan; dan inilah kegunaannya yang utama.

Kembali ke atas